|
1) |
Imbasan ultrabunyi 3D mampu memberikan
diagnosis yang baik dan tepat bagi fetus yang mengalami
keabnormalan. Contoh keabnormalan yang boleh dikesan adalah
seperti; |
| |
- keabnormalan
muka fetus, seperti sumbing, telinga yang rendah dan kecacatan muka. |
|
- keabnormalan
kaki dan tulang belakang fetus, seperti polidaktil (mempunyai jari berlebihan), kaki seperti belantan,
spinal bifida dan anencephaly |
| |
-
keabnormalan jantung
fetus, seperti keabnormalan pada jantung sejak dilahirkan. |
| |
|
|
2) |
Imbasan ultrabunyi 3D juga mengeratkan ikatan
psikologi antara ibu dan bayi dalam
kandungan. Semasa imbasan dijalankan, ibubapa boleh melihat
pelbagai riak wajah dan kelakuan seperti menghisap ibu jari,
menguap dan membuka mulut. |
| |
|
|
Sebab-sebab imej 3D tidak dapat dihasilkan |
|
|
Kadang kala, imej
imbasan ultrabunyi tidak didapati walaupun beberapa percubaan
sudah dilakukan. Untuk mendapatkan imej imbasan ultrabunyi
yang jelas dan bagus, kriteria-kriteria berikut mesti dipenuhi:
|
| |
1)
muka perlu
disaluti cecair amnion dalam jumlah yang mencukupi,
|
| |
2)
bayi
mendongak ke atas, dan |
| |
3)
pergerakan
bayi adalah minima |
|
Jika kriteria-kriteria
ini tidak dapat dipenuhi, doktor akan menasihati anda supaya
mengulang imbasan pada hari yang lain. |