
Metro Maternity Hospital |
|---|
34, Jalan Pasar, 41400 Klang, Selangor, Malaysia. |
Tel: 603-33412277 |
Fax: 603-33424479 |
metro@metromaternity.com |
Prosedur dan Pembedahan
|
|
|---|---|
Kehamilan |
|
Sakit Puan |
|
Imbasan Ultrabunyi |
|
Perancangan Keluarga |
|
Imbasan Ultrabunyi |
|
Imbasan Dada
|
|
| Cerclage Serviks |
Cerclage serviks adalah prosedur pembedahan yang dilakukan ke atas wanita mengandung untuk menjahit sekeliling serviks supaya serviks tidak akan terbuka sehingga bayi benar-benar bersedia untuk dihahirkan. Ia dilakukan untuk menghalang serviks terbuka sebelum kandungan berusia 37 minggu dan untuk menghalang kelahirang pra matang. Peratus kejayaan adalah 90%.
Masa terbaik untuk melakukan cerclage adalah sewaktu kandungan berusia 12 hingga 14 minggu. Walaubagaimanapun, sesetengan wanita mungkin memerlukannya secara kecemasan dimana cerclage dimasukkan sebelum kandungan mencecah 24 minggu. Prosedur ini jarang dilakukan selepas kandungan berusia 24 minggu.
Siapa memerlukan cerclage?
Cerclage dilakukan untuk menghalang keguguran atau kelahiran pramatang terutamanya bagi wanita yang mengalami masalah serviks tidak kompeten dimana serviks tidak mempunyai kekuatan atau sokongan dalaman untuk memastikan serviks sentiasa tertutup. Masalah ini akan bayi terkeluar sendiri sebelum proses bersalin bermula. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda berikut, anda dinasihatkan untuk melakukan cerclage.
| 1. | Serviks memendek atau terbuka
terlalu awal yang akan menyebabkan keguguran atau kelahiran
pramatang. |
| 2. | Bentuk uterus yang tidak sempurna
atau rosak akibat trauma atau kecederaan terdahulu. |
| 3. | Keguguran pada
penggal ketiga kandungan. |
Apa yang berlaku semasa prosedur?
| 1. | Sebelum
prosedur, doktor akan melakukan beberapa siri imbasan transvagina
untuk mengukur bukaan serviks anda. |
| 2. | Anda
dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan, menyembur air
atau memakai sebarang krim vagina 24 jam sebelum prosedur. |
| 3. | Berpuasa 6 jam
sebelum prosedur dijalankan. |
| 4. | Sebelum
prosedur bermula, anda akan diberi sama ada bius setempat atau
bius keseluruhan. |
| 5. | Doktor akan
menggunakan spekulum untuk membuka bukaan vagina. |
| 6. | Jahitan dilakukan di sekeliling serviks untuk membolehkan bukaan serviks tertutup rapat. (lihat video dibawah) |
Apa yang berlaku selepas prosedur?
| 1. | Anda perlu
berehat di wad beberapa jam untuk membolehkan doktor memantau
tanda-tanda kelahiran pramatang. |
| 2. | Anda akan
diberi ubat untuk menghalang jangkitan dan kelahiran pramatang. |
| 3. | Anda akan mengalami sedikit pendarahan dan kekejangan sejurus selepas prosedur. Biasanya, ia akan hilang selepas beberapa hari. |
| 4. | Anda
dinasihatkan supaya berehat dan mengelakkan aktiviti fizikal yang
lasak beberapa hari selepas prosedur. |
| 5. | Jangan melakukan persetubuhan selepas prosedur. |
| 6. | Jahitan biasanya akan dikeluarkan
pada minggu ke 37 kandungan. Proses mengeluarkan jahitan adalah sama
seperti pap smear, tidak memerlukan bius. Anda mungkin akan
mengalami sedikit pendarahan. |
| 7. | Kelahiran akan berlaku sejurus selepas itu. |
Tanda berjaga-jaga
Sekiranya anda mengalami gejala dibawah, sila dapatkan nasihat doktor secepat mungkin. Tanda-tanda ini menunjukkan cerclage tidak berhasil dan bayi perlu dilahirkan lebih awal.
| 1. | Sakit dibahagian perut yang datang dan pergi. |
| 2. | Pendarahan vagina yang kehitaman, kemerahan ataupun berketul. |
| 3. | Demam. |
| 4. | Loya atau muntah. |
| 5. | Air ketuban pecah. |
Apakah risiko menjalani cerclage?
Cerclage serviks boleh dikaitkan dengan masalah berikut yang mungkin memerlukan bayi dilahirkan lebih awal.
| 1. | Jangkitan sibahagian dalam serviks dan air ketuban. |
| 2. | Stenosis serviks. (servix menjadi sempit atau tertutup selamanya) |
| 3. | Kecederaan serviks
yang diakibatkan oleh tekanan fetus yang menolak cerclage. Ini
akan menyebabkan serviks tercedera dan cerclage terputus. |
| 4. | Air ketuban pecah sebelum sampai waktunya dan diikuti oleh jangkitan. |
Kelahiran pramatang. Cerclage serviks boleh meransang proses kelahiran.



