![]() |
Dilation and curettage (D&C) adalah prosedur pembedahan minor yang merangkumi meregangkan serviks (dilate). Kemudian alat akan dimasukkan ke dalam uterus untuk mengikis dan menyedut (curettage) bahagian dinding uterus. Terdapat 2 jenis D&C, iaitu D&C diagnostik and D&C terapeutik . D&C diagnostik, dilakukan dengan mengambil tisu uterus untuk dihantar ke makmal patologi. Ia bertujuan untuk mengetahui keadaan kesihatan pesakit. D&C terapeutik dilakukan untuk mengeluarkan produk yang tidak diingini dari rahim.
Indikasi untuk D&C Kitaran haid yang tidak tetap: Anda mungkin mengalami haid yang tidak tetap dan pendarahan antara kitaran haid. Sekiranya ini berlarutan, doktor akan mencadangkan anda menjalani D&C untuk menyiasat puncanya. Lapisan dinding endometrium akan dihantar ke makmal histopatologi untuk dianalisis. Haid yang banyak: Haid yang panjang dan banyak atau pendarahan selepas menopaus merupakan tanda untuk masalah-masalah berikut. a) Fibroids dan polip: Fibroid adalah otot bukan kanser yang tumbuh di dalam uterus atau permukaannya. Apabila ia membesar, anda akan mengalami pendarahan yang banyak dan berasa sakit. Polip adalah tisu yang tumbuh dari dinding uterus ke dalam ruang dalam uterus. Polip dan fibroid boleh menyebabkan haid yang tidak tetap. Histeroskopi (memasukkan teleskop ke dalam ruang uterus) digunakan untuk membezakan kedua-duanya. b) Kanser endometrium: D&C kerap dilakukan ke atas wanita berusia lebih daripada 40 tahun yang mengalami kitaran haid yang tidak tetap untuk mengesan kanser endometrium. D&C terapeutik: D&C dilakukan bagi kes keguguran bagi mengeluarkan produk kehamilan yang tertinggal di dalam uterus. Sekiranya produk kehamilan ini tidak dikeluarkan, wanita akan mengalami pendarahan yang banyak dan ini akan menyebabkan jangkitan. Produk kehamilan akan menghalang uterus dari mengecut dan ia merupakan media yang baik untuk pertumbuhan bakteria. D&C merupakan kaedah terbaik untuk mengeluarkan produk kehamilan terutamanya selepas bersalin. Sekiranya tidak dikeluarkan, tisu yang tertinggal akan menyebabkan komplikasi yang boleh membahayakan nyawa ibu.
Indikasi untuk D&C terapeutik Terapeutik D&C dilakukan untuk mengeluarkan produk kehamilan yang tidak diingini dalam uterus. Terapeutik D&C diperlukan apabila:
Prosedur D&C
Keseluruhan prosedur mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Peringatan selepas menjalani D&C
Adakah D&C prosedur yang selamat? Secara keseluruhan, D&C adalah prosedur yang selamat, ringkas dan mempunyai risiko yang rendah. Walaubagaimanapun, ia perlu dilakukan oleh doktor yang terlatih dan klinik mestilah mempunyai kelengkapan yang lengkap.
Risiko dan Komplikasi D&C Anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan atau kekejangan selepas menjalani D&C. Ia mungkin akan berlarutan untuk beberapa jam atau beberapa hari. Walaupun komplikasi selepas D&C amat jarang berlaku, kebarangkalian untuk terjadi tetap ada. Kompilkasi D&C termasuk:
Kontraindikasi untuk D&C Jangkitan vaginal: Sekiranya anda mempunyai jangkitan di bahagian vagina, anda mungkin tidak sesuai untuk menjalani D&C. Ini kerana, dikhuatiri semasa memasukkan alatan pembedahan, bakteria penyebab jangkitan tersebut dibawa bersama. Sekiranya ini berlaku, jangkitan akan disebarkan ke bahagian dalam uterus dan tiub fallopio yang akan menyebabkan jangkitan bertambah teruk dan boleh membawa kepada ketidaksuburan. Oleh itu, anda perlu mengatasi masalah jangkitan contohnya dengan mengambil antibiotik sebelum melnjalani D&C Masalah darah: Wanita yang mengalami masalah darah sukar membeku mempunyai risiko pendarahan selepas D&C. Oleh itu, wanita yang mengalami masalah ini perlu mengambil rawatan untuk mengatasi masalah ini sebelum menjalani rawatan. Sila dapatkan nasihat daripada doktor anda. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kami menyediakan khidmat personal dan berkualiti pada kos yang berpatutan |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
TENTANG METRO
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Metro Maternity Sdn Bhd 2007. All Rights Reserved. | Terms of Use |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||