![]() |
Imbasan Ketaknormalan Fetus juga dikenali sebagai imbasan terperinci, imbasan minggu ke-20 dan imbasan pertengahan kehamilan . Tujuan untuk menjalankan imbasan ini ialah untuk mengetahui anatomi bayi dengan lebih lanjut, mengesan ketaknormalan perkembangan dan struktur fetus, dan untuk menentukan kedudukan plasenta. Imbasan ini boleh mengesan sebanyak 80% bayi yang mengalami ketaknormalan fizikal serius seperti spina bifida atau lubang pada jantung. Masa paling sesuai menjalankan imbasan adalah ketika kandungan berusia 18-20 minggu kerana anggota badan bayi tidak terlalu padat maka lebih mudah dilihat. Imbasan ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Apakah yang diperiksa dalam imbasan ketaknormalan fetus? Imbasan ini akan menunjukkan anatomi fetus termasuk bibir, hidung, kaki, jantung, paru-paru, perut, buah pinggang, pundi kencing, tali pusat dan plasenta. Ketaknormalan yang major pada bahagian-bahagian ini akan dikesan dalam imbasan ketaknormalan fetus. Isipadu air ketuban juga akan ditaksir pada masa yang sama. Isipadu air ketuban yang terlalu banyak atau sedikit berkenaan dengan ketaknormalan fetus. Semasa imbasan dilakukan, kedudukan plasenta juga akan ditentukan.
Apakah ketaknormalan yang boleh dikesan?
Sumber: Royal College of Obstetricians and Gynaecologists (2000)
Apa yang akan berlaku jika imbasan saya tidak normal? Kebanyakan imbasan akan menunjukkan bayi yang normal. Pada hakikatnya, 98% bayi yang dilahirkan adalah normal. Jika imbasan anda tidak normal, anda akan diimbas sekali lagi oleh doktor yang lain untuk memastikan diagnosis. Jika masalah itu sangat serius, contohnya ancephaly, dan bayi itu tidak akan hidup selepas dilahirkan, maka menamatkan kehamilan adalah penyelesaiannya. Jika masalah itu memerlukan pembedahan segera selepas bayi dilahirkan, contohnya gastroschitis, maka anda akan dihantar ke hospital yang mengizinkan pembedahan itu dilakukan selepas bayi dilahir. Jika ketaknormalan itu berkenaan dengan kromosom, maka cordosintesis akan dijalan untuk menentukan kariotip.
Imej 2D untuk bahagian-bahagian fetus yang normal (KEPALA)
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Jendela untuk melihat bayi anda sebelum kelahirannya |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
PEDIATRIK
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Metro Maternity Sdn Bhd 2007. All Rights Reserved. | Terms of Use |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||