
Metro Maternity Hospital |
|---|
34, Jalan Pasar, 41400 Klang, Selangor, Malaysia. |
Tel: 603-33412277 |
Fax: 603-33424479 |
metro@metromaternity.com |
| Untuk Dapatkan Masa Subur |
Mula-mula, gunakan jadual berkala untuk perancangan keluarga. Ia adalah semula jadi, percuma dan mudah digunaka; tanpa pil, plastik atau getah. Gunakan kalkulator waktu tidak subur berikut untuk dapatkan waktu tidak subur anda.
Apabila anda sudah bersedia untuk mengandung. Gunakan kalkulator waktu subur untuk mendapatkan waktu subur anda. Suami anda hanya perlu bekerja untuk 4 hari dalam satu bulan.
Akhirnya anda berjaya mengandung. Gunakan kalkulator EDD untuk dapatkan tarikh anggaran bersalin anda.
Untuk dapatkan masa tidak subur
Dalam satu kitaran haid, ada beberapa hari pada awal kitaran haid adalah waktu tidak subur (ketidaksuburan pra-ovulasi), satu waktu subur (ovulasi), dan beberapa hari sebelum haid yang berikutnya adalah tidak subur (pasca-ovulasi). Hari pertama kitaran haid adalah hari pertama mengalami haid. Untuk menggunakan kaedah berkala ini, anda mesti tahu tempoh kitaran haid anda. Semasa waktu subur, pecegah kehamilan seperti kondom boleh digunakan.
Kalau anda menggunakan kaedah berkala dengan sewajarnya, kadar kegagalan adalah serendah 2%. Jika kaedah ini tidak diguna dengan sewajarnya, kadar kegagalan adalah setinggi 20%. Kadar kegagalan akan meningkat jika kitaran haid anda tidak teratur.
Kaedah ini sesuai diaplikasikan oleh wanita berusia 28 hingga 30 tahun yang mempunyai kitaran haid yang tetap 24 hingga 33 hari. Kaedah ini adalah berdasarkan teori bahawa telur boleh disenyawakan dalam masa 24 jam selepas ovulasi dan sperma boleh mensenyawakan telur dalam masa 3 hari selepas memasuki vagina.
Sebagai contoh, ovulasi (pembebasan telur yang matang) berlaku antara hari ke 12 dan 15 bagi wanita yang mempunyai kitaran 28 hari. Ovulasi berlaku pada hari ke 14, jika sperma dimasukkan ke dalam vagina 2 hari sebelum ovulasi (14-2), sperma masih boleh mempersenyawakan telur. Telur yang diovulasikan pada hari ke 14 boleh hidup untuk 24 jam dan masih boleh dipersenyawakan pada hari ke 15. Untuk kes ini, waktu subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 15.
Untuk dapatkan tarikh anggaran bersalin
Satu penghamilan yang normal ambil masa 280 hari. EDD adalah tarikh anggaran bersalin (expected date of delivery). Walaubagaimanapun, kebanyakan bayi dilahirkan pada minggu ke 38 hingga minggu ke 41. Jadi, anda perlu bersiap sedia 2 minggu sebelum EDD anda.



