
Metro Maternity Hospital |
|---|
34, Jalan Pasar, 41400 Klang, Selangor, Malaysia. |
Tel: 603-33412277 |
Fax: 603-33424479 |
metro@metromaternity.com |
Prosedur dan Pembedahan
|
|
|---|---|
Kehamilan |
|
Sakit Puan |
|
Imbasan Ultrabunyi |
|
Perancangan Keluarga |
|
Imbasan Ultrabunyi |
|
Imbasan Dada
|
|
| Prinsip Fizik Ultrabunyi |
Ultrabunyi menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi yang tidak dapat didengar oleh manusia. Julat frekuensi bunyi yang boleh didengar manusia ialah antara 20-20,000 Hz. Frekuensi yang digunakan dalam ultrabunyi adalah antara 1-30 M Hz.
Gelombang bunyi ini tidak berupaya bergerak dalam vakum. Oleh sebab itu, pergerakan medium berlaku melalui medium tertentu. Halaju gelombang bunyi bergantung kepada ketumpatan dan kebolehan medium tersebut untuk memampat.
Berikut merupakan halaju bunyi bagi beberapa tisu lembut dalam badan.
Halaju bunyi |
|
| tulang | 3500m/ saat |
| darah | 1560m/ saat |
| lemak | 1460m/ saat |
| otot | 1600m/ saat |
| udara | 330m/ saat |
Disebabkan perbezaan halaju bunyi dalam pelbagai tisu, sistem ultrabunyi membuat anggapan bahawa semua tisu lembut hanya mempunyai satu halaju. Oleh sebab itu, halaju purata untuk tisu lembut adalah 1540 m/saat.
Teknik Gema Denyutan
Denyutan ultrabunyi akan dipancarkan pada tubuh dan apabila denyutan ini mengenai tubuh
ianya akan dipantulkan balik secara gema. Oleh sebab itu, gema yang
dipantulkan adalah imej yang mewakili bahagian dalam badan. Gema
melalui beberapa proses sebelum ia dipantulkan di skrin.
Imej ynag dipantulkan diwalkili oleh skala hitam dan putih. Struktur yang berwarna putih mewakili pembalikan yang kuat manakala struktur berwarna hitam menunjukkan pembalikan yang lemah.
Parameter Gelombang Bunyi
Gelombang bunyi diperjelaskan melalui beberapa parameter seperti
masa, arus, jarak gelombang, halaju, kuasa, amplitud dan frekuensi.
Masa – Masa yang diambil untuk melengkapkan kitaran. Masa adalah berkadar songsang dengan frekuensi. apabila frekuensi meningkat masa berkurang. sebaliknya, jika frekuensi berkurang masa bertambah.
T = 1/f T - masa
f - frekuensi
Kuasa– kadar tenaga yang dipindahkan. Kuasa adalah berkadar terus dengan amplitud kuasa dua.
Kuasa = amplitud2 Unit – Watts, W
Arus– didifinisikan sebagai kuasa bagi setiap unit keluasan.
I = Kuasa (W) / Luas (cm2) Unit – W/cm2
Jarak gelombang – Jarak bagi sesuatu kitaran. Ianya ditentukan melalui frekuensi gelombang dan kelajuan penyebarannya dalam medium.
jarak gelombang (λ ) = halaju sebaran (c) / frekuenci (f)
Frekuensi – bilangan kitaran per saat.
Frekuensi berkadar songsang dengan masa
1 Hertz = 1 kitaran per saat
f = 1/ T f- frekuensi
T- tempoh masa
Amplitud – Kenyaringan gelombang bunyi



