
Metro Maternity Hospital |
|---|
34, Jalan Pasar, 41400 Klang, Selangor, Malaysia. |
Tel: 603-33412277 |
Fax: 603-33424479 |
metro@metromaternity.com |
Prosedur dan Pembedahan
|
|
|---|---|
Kehamilan |
|
Sakit Puan |
|
Imbasan Ultrabunyi |
|
Perancangan Keluarga |
|
Imbasan Ultrabunyi |
|
Imbasan Dada
|
|
| Soalan yang kerap diajukan - Sakit Puan |
| 1. | |
| 2. | |
| 3. | |
| 4. | |
| 5. | |
| 6. | |
| 7. | |
| 8. | |
| 9. | |
| 10. | |
| 11. | |
| 12. | |
| 13. | |
| 14. | |
| 15. |
| 1. | |
Wanita digalakkan menjalani pap smear sekiranya mereka pernah melakukan persetubuhan dan sudah mencapai usia 26 tahun. |
|
| 2. | |
Disarankan supaya menjalankan pap smear setahun sekali sehingga mencapai 70 tahun. Wanita yang telah menjalankan pembedahan bagi membuang rahim tidak perlu menjalani pap smear kecuali jika pembedahan tersebut dilakukan sebagai rawatan terhadap kanser. |
|
| 3. | |
Pap smear tidak normal bermaksud sel serviks anda tidak kelihatan normal, tetapi biasanya bukan kanser. Anda mungkin perlu menjalani rawatan susulan untuk menghalang sel yang tidak normal ini bertukar menjadi sel kanser. Oleh kerana itu, pemeriksaan pap smear berkala amat digalakkan untuk mengesan dan merawat ketaknormalan pada peringkat awal sebelum terlambat. Anda akan diminta menjalani biopsi serviks (mengambil sedikit tisu serviks untuk pemeriksaan) untuk menentukan sama ada sel yang tidak normal akan menjadi pramalignan. |
|
| 4. | |
Anda dinasihatkan supaya menjalankan ujian pap smear antara hari ke 7 dan 10 kitaran haid (hari pertama haid adalah hari pertama dalam kitaran haid). Walaubagaimanapun, sekiranya anda terlalu sibuk untuk membuat temujanji pada hari tersebut, pap smear boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali semasa sedang datang haid. |
|
| 5. | |
Sakit perut pada hari sebelum datang haid adalah disebabkan peningkatan aliran darah ke pelvik dan cecair yang padat. Sakit ketika haid mungkin disebabkan oleh endometriosis (pertumbuhan tisu endometrium di luar uterus). |
|
| 6. | |
Sekiranya keputihan anda berbau, berwarna (kehijauan atau kekuningan) dan menyebabkan gatal, andan mungkin mengalami jangkitan vagina. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan. Keputihan yang banyak adalah normal selagi ianya tidak berbau, berwarna dan menyebabkan gatal. Ini kerana vagina tidak pernah kering. |
|
| 7. | |
Anda akan mengalami keputihan yang banyak di pertengahan kitaran haid (hari ke-14) apabila ovulasi berlaku (telur dikeluarkan dari ovari) berlaku. Keputihan menjadi berair dan kurang melekit ketika ovulasi untuk membantu memudahkan sperma berenang melalui serviks dan uterus. |
|
| 8. | |
Keputihan yang mengotorkan seluar dalam adalah tidak normal. Ia mungkin disebabkan jangkitan, ancaman keguguran (anda mengandung tanpa menyedarinya), polip atau peringkat awal kanser. Anda perlu mendapatkan nasihat pakar sakit puan anda untuk menentukan puncanya. |
|
| 9. | |
Gadis akan mula datang haid pada umur antara 12 hingga 17 tahun. Mereka akan mula menunjukkan ciri-ciri seks sekunder seperti pertumbuhan bulu pubis, dan payudara 2 tahun sebelum datang haid. Sekiranya anak anda sudah menunjukkan ciri-ciri ini, berkemungkinan dia akan mengalami haid dalam tempoh 1 hingga 2 tahun lagi. Sekiranya masih tidak datang haid setelah 2 tahun, anda perlu berjumpa dengan pakar sakit puan. Kelewatan haid adalah biasa dan boelh berlaku di kalangan adik-beradik perempuan yang lain. Ini adalah normal. |
|
| 10. | |
Terdapat beberapa sebab perut anda membesar. Antara sebab-sebabnya adalah kehamilan, obesiti (pertambahan lemak), terdapat cecair dalam abdomen atau ketumbuhan di ovari atau uterus. Anda perlu berjumpa dengan pakar sakit puan untuk menentukan punca sebenarnya. |
|
| 11. | |
Virus herpes biasanya berada di dalam badan seumur hidup. Pada waktu tertentu, ulser herpes akan berlaku menyebabkan kesakitan culca yang amat sangat. Punca ulser berulang adalah berkaitan dengan tekanan, sakit , letih, terdedah terlalu lama di bawah matahari dan datnag haid. Terdapat ubat yang boleh dimakan untuk mengurangkan kesakitan, mempercepatkan penyembuhan ulser dan menghalang dari berulang. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat. |
|
| 12. | |
Tanda-tnada jangkitan gonorrhea pada lelaki adalah terdapat lelehan berwarna putih, kuning atau hijau dari penis, sakit ketika membuang air dan bagi sesetengah lelaki mengalami sakit dan pembengkakan testis. Walaubagaimanapun, terdapat lelaki dan wanita yang tidak mengalami sebarang simptom. Oleh itu, disarankan kedua-dua pasangan dirawat sekiranya salah seorang dikesan mengalami jangkitan. |
|
| 13. | |
Gonorrhea dikaitkan dengan keputihan yang berwarna kuning dan bernanah, sakit ketika membuang air kecil dan kerap membuang air kecil. Sekiranya anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda ini sila berjumpa dengan doktor untuk menentukan diagnosis. Doktor akan mengambil sampel dari vagina untuk pemeriksaan mikroskopik dan kultur bakteria bagi mengenalpasti Neisseria gonorrhea. |
|
| 14. | |
Jangkitan gonorrhea boleh merebak melalui serviks ke dalam uterus, tiub fallopio dan ruang pelvis. Jangkitan akan menyebabkan kerosakan pada organ-organ ini, dengan membentuk lekatan dan menyebabkan tiub tersumbat. Dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan ketidaksuburan. |
|
| 15. | |
Terdapat satu ujian iaitu CA-125 yang boleh digunakan untuk mengesan paras CA-125 (sejenis protein yang parasnya meningkat di sel-sel ovari yang mengalami kanser). Sekiranya paras CA-125 dalam darah anda meningkat anda mungkin menghidapi kanser ovari. Walaubagaimanapun, sesetengah masalah lain sepertu endometriosis, sista ovari (bukan kanser) dan keradangan pelvis juga boleh meningkatkan paras CA-125 dalam darah. Oleh itu, ujian CA-125 sahaja tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis kanser ovari tetapi pemeriksaan lain seperti ultrabunyi melalui vagina dan pemeriksaan pelvik untuk mensapatkan keputusan yang lebih tepat. |
|



