
Hospital Wanita Metro |
|---|
34, Jalan Pasar, 41400 Klang, Selangor, Malaysia. |
Tel: 603-33412277 |
Fax: 603-33424479 |
metro@metromaternity.com |
Prosedur dan Pembedahan
|
|
|---|---|
Kehamilan |
|
Sakit Puan |
|
Imbasan Ultrabunyi |
|
Perancangan Keluarga |
|
Imbasan Ultrabunyi |
|
Imbasan Dada
|
|
| Sejarah Hospital |
Hospital Wanita Metro ditubuhkan pada tahun 1989 bertujuan untuk menyediakan khidmat penjagaan kesihatan khusus bagi kaum wanita. Pada mulanya ia dikenali sebagai Klinik Bersalin Tee tetapi lama kelamaan bertukar kepada Klinik Bersalin Metro (Metro Maternity) apabila lebih ramai doktor menyertai hospital kami. Ia bertukar menjadi Hospital Wanita Metro pada tahun 2010..
Kemudian, kami melangkah setapak lagi dengan menyediakan khidmat nasihat dan rawatan alternatif bagi pasangan yang tidak berupaya mengandung secara normal. Metro IVF ditubuhkan pada 1998 sebagai sebahagian daripada Hospital Wanita Metro yang menawarkan pemeriksaan dan rawatan bagi pasangan yang mempunyai masalah untuk mengandung secara normal. Ianya merupakan pusat kesuburan pertama di daerah Klang. Bayi tabung uji (IVF) kami yang pertama lahir pada tahun 2000.
![]() |
|
|---|---|
| Reception Counter | Waiting Hall |
Klinik kanak-kanak Metro ditubuhkan pada tahun 2006 bertujuan memberi perkhidmatan terbaik dalam penjagaan kanak-kanak, imunisasi, rundingan, rawatan kecemasan dan penyakit kronik yang dialami kanak-kanak.
Hospital Wanita Metro terus berkembang dan membuka cawagan yang pertama, Hospital Wanita Metro Banting, pada tahun 2007. Hospital Wanita Metro Banting mula beroperasi pada April 2008. Sejak itu, ia juga menyediakan perkidmatan untuk bersalin. Ia dilengkapi dengan kelengkapan yang terbaru supaya boleh membekalkan perkhidmatan kehamilan dan sakit puan yang bagus untuk orang ramai.
![]() |
![]() |
|
|---|---|---|
| Hospital Wanita Metro Banting | Ward Reception Counter |






