![]() |
Histerektomi adalah pembedahan untuk membuang uterus dan biasanya serviks turut dibuang. Membuang keseluruhan serviks dan uterus dipanggil histerektomi total manakala pembuangan uterus sahaja dipanggil histerektomi subtotal. Histerektomi hanya akan dipertimbangkan selepas semua rawatan alternatif tidak berjaya. Ini kerana wanita tidak boleh mengandung selepas menjalani rawatan ini. Biasanya pembedahan ini hanya dijalankan terhadap wanita yang telah mempunyai anak atau terdapat sebab yang kukuh contohnya kanser. Masalah berikut adalah antara sebab utama wanita perlu menjalani histerektomi.
1) Fibroid uterus 2) Pendarahan vagina yang banyak 3) Sakit di bahagian bawah abdomen 4) Rahim jatuh 5) Kanser ovari dan uterus 6) Endometriosis
Jenis-jenis histerektomi Histerektomi abdomen totalIa merupakan histerektomi yang paling kerap dijalankan pada masa kini. Pebedahan ini dilakukan dengan mengeluarkan uterus melalui insisi yang dibuat pada dinding abdomen. Doktor akan membuang uterus dan juga serviks. Parut pada abdomen adalah adalah sama ada melintang (Pfannenstiel) di atas bulu pubis atau menegak diantara pusat dan bulu pubis. Walaubagaimanapun, pfannenstiel lebih digemari kerana labih baik dari segi kosmetik.
Histerektomi vaginaSemasa prosedur ini, uterus dikeluarkan melalui vagina. Histerektomi vagina hanya sesuai untuk kes-kes seperti uterine prolapse, endometrial hyperplasia, dan fibroid bersaiz kecil or cervical dysplasia. Dalam keadaan ini, uterus tidak terlalu besar untuk dikeluarkan melalui vagina dan tidak memerlukan pemeriksaan keseluruhan bahagian dalam abdomensemasa pembedahan. Wanita yang tidak pernah melahirkan anak tidak sesuai untuk prosedur ini kerana saluran vagina yang sempit. Kelebihan prosedur ini ialah tiada parut kelihatan dan kesakitan selepas pembedahan tidak begitu teruk. Histerektomi vagina dengan bantuan laparoskopi (LAVH)Laparoscopy-assisted vaginal hysterectomy (LAVH) adalah sama seperti prosedur histerektomi vagina tetapi ia digabungkan dengan penggunaan laparoskop. Laparoskop ialah sejenis teleskop yang sangat halus dan mempunyai kanta pembesar di kedua-dua hujung. Ia membolehkan pakar bedah memeriksa keseluruhan abdomen semasa pembedahan. Histerektomi subtotalHisterektomi subtotal adalah pembedahan untuk membuang uterus dan tanpa membuang serviks. Serviks yang tertinggal boleh menyebabkan wanita mengalami sedikit pendarahan vagina. Terdapat risiko untuk mendapat kanser serviks dan pap smear yang kerap adalah digalakkan. Prosedur ini sudah kurang dijalankan pada masa kini.
Histerektomi radikal (Weitheim histerektomi)Histerektomi radikal merupakan pembedahan yang lebih ekstrim berbanding histerektomi total kerana ia melibatkan pembuangan tisu-tisu di sekeliling uterus dan bahagian atas vagina. Histerektomi radikal biasanya dilakukan bagi kes kanser serviks diperingkat awal. Tisu-tisu berdekatan, kelenjar limfa dan fascia turut dibuang untuk mengelakkan kanser berulang. Komplikasi bagi prosedur ini adalah lebih berbanding histerektomi total. Ini termasuk risiko kecederaan pada sistem perkumuhan. Kelebihan prosedur ini berbanding radioterapi adalah penghasilan hormon tidak terganggu.
Oophorectomy dan salpingo oophorectomy (Prosedur membuang ovari dan/atau tiub Fallopio)Oophorectomy merupakan pembedahan untuk membuang ovari salpingo-oophorectomy adalah pembedahan membuang ovari dan tiub fallopio yang bersebelahan dengannya. Prosedur ini dijalankan bagi kes-kes seperti kanser ovari, ketumbuhan pada ovari yang dilihat mencurigakan dan kanser tiub fallopio (sangat jarang). Ia juga boleh dijalankan sekiranya berlaku komplikasi jangkitan pada tiub atau bersama-sama histerektomi. Bagi wanita yang mempunyai sejarah kanser ovari atau payudara, oophorectomy dijalankan pada masa yang sama untuk mengelak kanser berulang semula.
Miomektomi adalah prosedur untuk membuang fibroid tanpa membuang uterus. Ia biasanya dilakukan kepada wanita yang masih mahu mendapatkan anak.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kami menyediakan khidmat personal dan berkualiti pada kos yang berpatutan |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
TENTANG METRO
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Metro Maternity Sdn Bhd 2007. All Rights Reserved. | Terms of Use |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||