English                        中文

 


 

Soalan yang kerap diajukan

Sini klik sini untuk wayang yang lebih besar
  1. Apa itu ketidaksuburan?

  2. Adakah ketidaksuburan merupakan masalah kesihatan yang dikaitkan dengan wanita sahaja?

  3. Adakah ketidaksuburan kerap terjadi?

  4. Apakah julat normal bagi analisis semen?

  5. Saya diberitahu bahawa kualiti semen saya adalah rendah. Adakah ubat-ubatan boleh membantu meningkatkan kualiti seman saya?

  6. Berapa lamakah tempoh saya tidak harus bersama dengan pasangan sebelum menjalankan prosedur IUI/IVF/GIFT?

  7. Berapa lamakah sperma boleh hidup selepas ejakulasi?

  8. Bagaimana menentukan hari pertama kitaran haid?

  9. Kawalan hormon hiperstimulasi (COH) meransang ovari untuk menghasilkan beberapa telur. Adakah ini akan menyebabkan putus haid yang lebih awal?

  10. Berapakah saiz folikel yang sepatutnya sebelum saya mengambil suntikan hCG? 

  11. Berapakah kadar pembesaran folikel setiap hari?

  12. Berapa kitaran clomid perlu saya cuba sebelum beralih IUI?

  13. Berapa kali saya patut mencuba IUI sebelum memilih untuk menjalankan IVF

  14. Perlukah saya berhenti bekerja semasa menjalani rawatan IVF?

  15. Perlukan saya bermalam di wad semasa menjalani kitaran IVF?

  16. Berapa lama saya boleh mengetahui keputusan IUI/IVF/GIFT?

  17. Saya mengalami kegugran sewaktu mengandungkan bayi IVF saya sebelum ini. Adakah kebarangkalian keguguran bagi kandungan IVF lebih tinggi berbanding kandungan normal?

  18. Adakan saya akan mendapat anak yang normal sekiranya mendapatkan rawatan IVF?

 

  1. Apa itu ketidaksuburan?
    Ketidaksuburan didefinisikan sebagai kegagalan pasangan untuk mendapatkan anak selepas 1 tahun mengamalkan seks secara aktif dan tanpa perlindungan. Kekerapan seks yang dianggap normal ialah 2 kali seminggu. Sekiranya pasangan wanita anda berusia lebih daripada 35 tahun, anda perlu berjumpa doktor setelah 6 bulan mencuba. Ini kerana kadar kandungan kadar kandungan merosot apabila wanita mencapai umur 35 tahun.

kembali ke atas
 

  1. Adakah ketidaksuburan merupakan masalah kesihatan yang dikaitkan dengan wanita sahaja?
    Tidak, ia adalah masalah yang dialami lelaki dan wanita. Kedua-duanya mempunyai risiko yang sama maka, lelaki juga harus kerap menjalani rawatan ketidaksuburan.

kembali ke atas
 

  1. Adakah ketidaksuburan kerap terjadi?
    Pada masa kini, anggaran 1 daripada 10 pasangan mengalami masalah ketidaksuburan. Ianya lebih kerap apabila usia meningkat dan nisbahnya adalah 1 daripada 3 bagi pasangan berusia 35 tahun ke atas.

kembali ke atas
 

  1. Apakah julat normal bagi analisis semen?
    Nilai yang diperolehi dari analisis semen boleh berubah mengikut perubahan kesihatan fizikal dan tempoh terakhir bersama sebelum pengeluaran semen. Oleh sebab itu, pengulangan analisis mungkin perlu sekiranya nilai yang diperolehi adalah diluar julat normal.
     

Keadaan Semen

Julat normal

Isipadu (ml)

≥ 2

pH

7.2-8.0

Kepekatan (M/ml)

≥ 20

Jumlah sperma (M)

≥ 40

Kebolehan bergerak (%)

≥ 50

Normal Morfologi (%)

≥ 30

Sel darah putih (M/ml)

< 1.0

kembali ke atas 

  1. Saya diberitahu bahawa kualiti semen saya adalah rendah. Adakah ubat-ubatan boleh membantu meningkatkan kualiti seman saya?
    Tiada ubat yang mampu menolong meningkatkan kualiti semen. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ialah menjalankan  teknik pembiakan bantuan (ART).

kembali ke atas
 

  1. Berapa lamakah tempoh saya tidak harus bersama dengan pasangan sebelum menjalankan prosedur IUI/IVF/GIFT?
    Kebiasaannya 2-3 hari adalah memadai. Tempoh ini memberi peluang kepada sampel untuk dihasilkan semula. Sampel yang terlalu lama menyebabkan pergerakan sperma yang lemah, kehadiran sel darah putih yang tinggi dan masalah lain. (Sampel yang lama didifinisikan sebagai sampel yang dikeluarkan selepas lebih 7 hari tidak melakukan seks atau masturbasi)

kembali ke atas
 

  1. Berapa lamakah sperma boleh hidup selepas ejakulasi?
    Sperma yang sihat dan normal boleh hidup dalam tempoh 48-72 jam selepas ejakulasi.

kembali ke atas
 

  1. Bagaimana menentukan hari pertama kitaran haid?
    Hari pertama anda mengalami haid adalah hari pertama kitaran.

kembali ke atas
 

  1. Kawalan ovari hiperstimulasi (COH) meransang ovari untuk menghasilkan beberapa telur. Adakah ini akan menyebabkan putus haid yang lebih awal?
    Sudah tentu tidak. Biasanya 30 telur dalam ovari wanita akan membesar dan berkembang setiap bulan tetapi hanya satu yang akan matang dan diovulasikan sementara yang lain akan merosot dan diserap semula oleh badan. Dalam Dalam rawatan kawalan ovari hiperstimulasi (COH), beberapa ubatan diberikan untuk meransang kematangan beberapa telur supaya matang secara semulajadi.

kembali ke atas

  1. Berapakah saiz folikel yang perlu dicapai sebelum saya mengambil suntikan hCG?
    Folikel yang paling besar seharusnya beukuran sekurang-kurangnya 18 mm sebelum anda  mengambil suntikan hCG. hCG akan meransang ovulasi selepas 36 jam.

kembali ke atas

  1.  Berapakah kadar pembesaran folikel setiap hari?
     
    Anggaran kadar pertumbuhan folikel adalah 1-2 mm sehari.

kembali ke atas

  1. Berapa kitaran clomid perlu saya cuba sebelum beralih kepada IUI?
    Biasanya kandungan yang berjaya melalui pemgambilan clomid adalah selepas mengalami 4 hingga 5 kitaran ovulasi. Anda perlu mencuba sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kitaran clomid sebelum beralih kepada IUI

kembali ke atas

  1.  Berapa kali saya patut mencuba IUI sebelum memilih untuk menjalani IVF?
    Sekiranya anda gagal setelah melakukan 2 kali IUI anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk mencuba IVF kerana peluang kejayaan IUI akan berkurang selepas 2 kitaran. tambahan pula, sekiranya anda mempunyai tiub yang tersumbat, IUI tidak dapat membantu. Oleh sebab iyu anda perlu bertukar kepada IVF.

kembali ke atas

  1. Perlukah saya berhenti bekerja semasa menjalani rawatan IVF?
    Anda boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa (termasuk bekerja) semasa program     ransangan IVF. Walaubagaimanapun selepas embrio dipindahkan semula anda perlu lebih banyak rehat. Elakkan menganggkat barang berat, memanjat dan berjalan jauh. Tidak perlu berehat di katil kecuali dinasihatkan oleh doktor.

kembali ke atas

  1. Perlukan saya bermalam di wad semasa menjalani kitaran IVF?
    Anda tidak perlu bermalam kerana kedua-dua prosedur iaitu pengambilan telur dan pemindahan embrio adalah prosedur pesakit luar.

kembali ke atas

  1.   Berapa lama saya boleh mengetahui keputusan IUI/IVF/GIFT?
      Anda boleh mengetahui keputusan IUI/IVF/GIFT 2 minggu selepas menjalani rawatan.

kembali ke atas

  1. Saya mengalami kegugran sewaktu mengandungkan bayi IVF saya sebelum ini. Adakah kebarangkalian keguguran bagi kandungan IVF lebih tinggi berbanding kandungan normal?
    Ya. Kadar keguguran bagi kandungan ART adalah lebih tinggi berbanding kandungan normal. Bagi kandungan ART, kadar keguguran adalah 20% manakala bagi kandungan normal adalah 10% sahaja.
        

kembali ke atas

  1. Adakan saya akan mendapat anak yang normal sekiranya mendapatkan rawatan IVF?
    Kebarangkalian mendapat anak yang kurang sempurna melalui kandungan IVF adalah 2%. Ianya adalah lebih tinggi sedikit berbanding kandungan normal. Walaubagaimanapun ia adalah disebabkan oleh faktor telur dan bukan disebabkan oleh prosedur IVF. Ini kerana,  kebanyakan ibu yang menjalani IVF sudah berumur dan kualiti telur makin merosot?

kembali ke atas

Kami berusaha untuk menjadikan kehamilan suatu kualiti

 

LAMAN UTAMA

TENTANG METRO

KEHAMILAN & SAKIT PUAN

KETIDAKSUBURAN
  - Tentang ketidaksuburan
  - Pemeriksaan
  - Rawatan
  - Mitos
  - Soalan yang biasa diajukan

  - Shared Care IVF Programme

PEDIATRIK

IMBASAN ULTRABUNYI

HUBUNGI KAMI

SEMINAR & AKTIVITI

KERJAYA

 

Procedur & Pembedahan

 

Kehamilan

- Bersalin spontan melalui vagina

- Bersalin menggunakan forcep

- Bersalin menggunakan vakum

- Bersalin songsang

- Bersalin melalui pembedahan

- Cerclage serviks

 

Sakit Puan

- Histerektomi

- Oophorectomy

- Miomektomi

- Imbasan ultrabunyi

- Dilation & curettage (D&C)

- Pap smear

- Vaginoplasty

- Marsupialization

 

Perancangan Keluarga

- Mengikat tiub

- Vasektomi

- IUCD

- Implan pencegah kehamilan

 

Ketidaksuburan

- IUI

- IVF

- ICSI

- Kultur blastosista

- Pembekuan sperma & embrio

- Pendermaan telur & sperma

 

Imbasan Ultrabunyi

- Imbasan ketaknormalan

- Imbasan 3D

- Imbasan dada

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 




 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Metro Maternity Sdn Bhd 2007. All Rights Reserved. | Terms of Use