![]() |
Pada masa kini 1 daripada 10 pasangan mengalami masalah ketidaksuburan. Ketidaksuburan adalah keadaan dimana fungsi asas tubuh mengalami gangguan dan ini menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan anak. Ketidaksuburan juga boleh ditafsirkan sebagai kegagalan pasangan untuk mendapatkan anak selepas 1 tahun mengamalkan seks tanpa sebarang perlindungan. Kekerapan seks yang dianggap normal adalah 2 kali seminggu. Pada zaman dahulu ketidaksuburan adalah isu yang sensitif dan biasanya kaum wanita yang dipersalahkan jika gagal mendapat anak. Berdasarkan rekod, ketidaksuburan yang berpunca daripada wanita adalah 30%, 30% lagi berpunca dari lelaki dan 30% lagi berpunca dari dan kedua-duanya. Baki 10% ketidaksuburan tidak dapat dikenalpasti puncanya. Walaubagaimanapun, peluang untuk mendapat anak sentiasa terbuka bagi pasangan yang mengalami masalah ketidaksuburan sama ada puncanya dikenalpasti atau tidak. Teknik pembiakan bantuan (ART) adalah rawatan yang dicipta untuk pasangan yang mengalami masalah ketidaksuburan supaya mereka boleh mempunyai anak sendiri. Terdapat beberapa teknik telah dicipta seperti; memasukkan sperma ke dalam rahim (IUI), persenyawaan luar rahim (IVF) dan suntikan sperma ke dalam sitoplasma (ICSI). Kesemua rawatan mempunyai satu tujuan iaitu untuk memberikan peluang yang lebih kepada sperma dan telur bertemu seterusnya disenyawakan dan akan membentuk embrio. Kesemua teknik ini bertujuan untuk membantu sprema dan telur bertemu, bersenyawa dan seterusnya membentuk embrio.
Bayi IVF Metro Maternity yang Pertama pada Tahun 2000
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kami berusaha menjadikan kehamilan suatu realiti |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
KEHAMILAN & SAKIT PUAN
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Metro Maternity Sdn Bhd 2007. All Rights Reserved. | Terms of Use |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||