English                        中文

 

 

Pemeriksaan

Sila klik sini untuk wayang yang lebih besar

Pemeriksaan ketidaksuburan bertujuan untuk mengenalpasti punca ketidaksuburan dan rawatan yang sesuai bagi pasangan yang mengalami masalah ini. Oleh itu, pemeriksaan ini memerlukan  kerjasama dan penglibatan kedua-dua pasangan suami isteri.

Setelah pemeriksaan lengkap dijalankan, biasanya kebanyakan pasangan akan berjaya mendapat anak mereka sendiri. Peluang untuk mendapat anak akan berkurang apabila umur meningkat. Oleh itu, jangan berlengah untuk mendapatkan nasihat dari pakar sekiranya anda mempunyai masalah untuk mendapat anak;

a)      selepas 12 bulan mencuba dan anda berusia kurang dari 30 tahun.

b)      selepas 6 bulan  mencuba dan anda berusia 30-34 tahun.

c)      selepas 3 bulan mencuba dan anda berusia 35 tahun ke atas

 

 

         1. Latar belakang perubatan
         2. Imbasan ultrabunyi
         3. Ujian darah
         4. Ultrasonicsalpingiogram
         5. Laparoskopi
         6. Analisis semen

 

1) Latar belakang perubatan

Masalah ketidaksuburan dikalangan keluarga terdekat merupakan salah satu petunjuk yang membantu dalam diagnosis ketidaksuburan. Doktor amat memerlukan kerjasama anda untuk memberikan latar belakang yang lengkap. Ia akan menjimatkan masa dan kos. Butiran berikut adalah penting dan perlu diberitahu semasa rundingan dijalankan.

Wanita
I) Kitaran haid yang panjang contoh; setiap 2 hingga 3 bulan atau tiada haid langsung; kemungkinan disebabkan  kegagalan ovulasi.
II) Sakit yang amat sangat semasa datang haid terutamanya sewaktu haid bermula; kemungkinan disebabkan oleh endometriosis.
III) Mempunyai sejarah penyakit bawaan seks (STDs); kemungkinan disebabkan oleh tisu-tisu yang melekat dan menyumbat tiub fallopio.
IV) Pernah menjalani pembedahan.
V)  Masalah seksual; kegagalan mencapai orgasma.
VI) Sejarah pemeriksaan dan rawatan ketidaksuburan yang pernah dijalankan; supaya kami tidak perlu mengulangi ujian yang sama dan untuk menjimatkan kos.

Lelaki
I)  Sejarah penyakit bawaan seks; boleh menyebabkan kualiti semen terjejas.
II) Sejarah pembedahan alat kelamin; boleh menyebabkan bilangan sperma rendah.

Pemeriksaan lanjutan akan dijalankan bergantung kepada penilaian sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal.

kembali ke atas

2) Imbasan Ultrabunyi

Imbasan ultrabunyi adalah cara yang mudah untuk memeriksa organ-organ pembiakan dalaman. Ianya boleh memperlihatkan kedudukan, saiz uterus, selaput endometrium, dan ovari dengan jelas. Ketaknormalan seperti fibroid, uterus berganda san sista ovari juga boleh didiagnosis dengan menggunakan imbasan ultrabunyi sahaja.

Ransangan ovari adalah salah satu tahap dalam rawatan kesuburan, imbasan ultrabunyi dilakukan dengan kerap untuk memantau perkembangan telur (menjejak folikel) dan ketebalan endometrium. Prosedur menjejak folikel bermula pada hari ke-9 kitaran haid dan ianya dilakukan setiap 2 hari sehingga telur matang. Biasanya telur akan matang pada hari ke-12 iaitu apabila saiz folikel mencapai 18mm. Hanya telur yang matang akan mengalami ovulasi dan boleh disenyawakan oleh sperma.


Gambar menunjukkan fibroid bersaiz 4.78cm

kembali ke atas

3) Ujian darah

Ujian darah dijalankan untuk mengukur tahap beberapa hormon dalam darah terutamanya paras hormon perangsang folikel (FSH) dan hormon peluteinan (LH), progesteron dan prolaktin. Selain menjalankan ujian darah, ujian untuk Hepatitis B, HIV dan penyakit bawaan seks juga akan dijalankan.

kembali ke atas

4) Ultrasonicsalpingiogram

Ia adalah ujian ringkas untuk pesakit luar bagi menentukan sama ada tiub fallopio berada dalam keadaan normal (tidak tersumbat). Semasa ujian ini dijalankan, ruang di dalam uterus dan tiub fallopio akan dipenuhi dengan cecair gelombang bunyi yang padat. Sekiranya tiub tidak tersumbat, cecair tersebut akan mengalir keluar dari hujung tiub fallopio ke dalam adnexa (bahagian sisi uterus) dan kantung Douglas (ruang di antara uterus dan rektum).  Selepas ujian ini, pesakit mungkin akan merasa sakit sedikit dan tidak selesa di bahagian pelvis sekiranya tiub fallopio mereka tersumbat.

Kelebihan ultrasonicsalpingiogram berbanding hysterosalpingiogram (HSG) dan laparoskopi adalah; ianya tidak memerlukan radiasi dan pembedahan.

kembali ke atas

5) Laparoskopi

Ianya adalah prosedur pembedahan di mana, teleskop halus dimasukkan melalui insisi kecil berhampiran pusat untuk melihat keadaan organ dalaman wanita. Tiub fallopio diuji dengan pewarna biru metilene yang dimasukkan melalui vagina. Sekiranya tiub tidak tersumbat, pewarna biru akan dilihat keluar dari fimbria.

Punca-punca ketidaksuburan seperti endometriosis dan fibroid juga boleh dikenalpasti melalui laparoskopi. Laparoskopi boleh digunakan untuk tujuan diagnosis dan rawatan. Contohnya, semasa prosedur dijalankan dan didapati terdapat endometriosis ianya boleh dibakar  dan dirawat pada masa yang sama. Selain itu, pembuangan lekatan dan menebuk ovari juga boleh dilakukan menggunakan laparoskopi.

kembali ke atas

6) Analisis semen (SA)

Analisis semen adalah pemeriksaan cecair semen di bawah mikroskop untuk menyiasat ketidaksuburan lelaki atau keberkesanan pembedahan vasektomi. Parameter dan julat normal yang digunakan adalah mengikut standard Organisasi Kesihatan Dunia(WHO).

Dimakmal, sebaik sahaja sampel cair sepenuhnya, parameter-parameter dibawah ditentukan.

 

Karekteristik semen

Julat nilai normal

Isipadu (ml)

2.0 ml

pH

7.2-8.0

Kepekatan (M/ml)

> 20

Jumlah bilangan sperma (M)

> 40

Pergerakan (%)

50%

Morfologi normal

30%

Sel darah putih (M/ml)

<1.0

Sebolehnya, suami dikehendaki tidak mengeluarkan semen 3 hari sebelum ujian. Sampel kemudiannya dikeluarkan secara masturbasi dan mestilah sampai di makmal dalam tempoh 45 minit selepas dikeluarkan.

Gambar menunjukkan rupa semen yang normal dibawah mikroskop. Bintik hitam berekor di sebelah adalah sperma.

 

kembali ke atas
 

Kami berusaha menjadikan kehamilan suatu realiti

 

LAMAN UTAMA

TENTANG METRO

KEHAMILAN & SAKIT PUAN
KETIDAKSUBURAN
  - Tentang ketidaksuburan
  - Pemeriksaan   
  - Rawatan
  - Mitos
  - Soalan yang kerap diajukan

  - Shared Care IVF Programme
PEDIATRIK

IMBASAN ULTRABUNYI

HUBUNGI KAMI

SEMINAR & AKTVITI

KERJAYA

 

Procedur & Pembedahan

 

Kehamilan

- Bersalin spontan melalui vagina

- Bersalin menggunakan forcep

- Bersalin menggunakan vakum

- Bersalin songsang

- Bersalin melalui pembedahan

- Cerclage serviks

 

Sakit Puan

- Histerektomi

- Oophorectomy

- Miomektomi

- Imbasan ultrabunyi

- Dilation & curettage (D&C)

- Pap smear

- Vaginoplasty

- Marsupialization

 

Perancangan Keluarga

- Mengikat tiub

- Vasektomi

- IUCD

- Implan pencegah kehamilan

 

Ketidaksuburan

- IUI

- IVF

- ICSI

- Kultur blastosista

- Pembekuan sperma & embrio

- Pendermaan telur & sperma

 

Imbasan Ultrabunyi

- Imbasan ketaknormalan

- Imbasan 3D

- Imbasan dada

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 





 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Metro Maternity Sdn Bhd 2007. All Rights Reserved. | Terms of Use