Prosedur dan Pembedahan
Kehamilan
 
 
 
 
 
 
 
 
Sakit Puan
 
 
 
 
Imbasan Ultrabunyi
 
 
 
 
 
Perancangan Keluarga
 
 
 
 
 
Imbasan Ultrabunyi
 
 
 
Imbasan Dada

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Marsupialization

Sista Bartholin

Sista kekenjar Bartholin's kerap berlaku ke atas wanita yang berada dalam lingkungan umur kesuburan. Kelenjar bartholin terletak berhampiran bukaan vagina. Kelenjar ini membekalkan mukus dan kelembapan untuk kawasan vulva. Duktus yang menyambungkan kelenjar bartholin dengan bukaan vagina berukuran 1 inci panjang dan sekiranya ia tersumbat, ia akan menyebabkan pengumpulan mukus di damam kelenjar dan menghasilkan sista bartholin. Sista bartholin tidak menyakitkan dan tidak memerlukan rawatan. Walaubagaimanapun, sekiranya berlaku jangkitan, nanah akan terbentuk dan pesakit akan mengalami kesakiyan yang amat sangat. Ia dipanggil nanah bartholin.

Punca nanah Bartholin
Duktus bartholin boleh tersumbat disebabkan jangkitan, kecederaan, pembengkakan atau radang. Bakteria yang biasanya menyebabkan jangkitan adalah gonococci dan chlamydia. Apabila duktus tersumbat, mukus akan berkumpul di dalam kelenjar.

 

Tanda-tanda nanah Bartholin

Sista Bartholin yang tidak dijangkiti kelihatan seperti terdapat pembengkakan pada satu bahagian vulva tetapi ia tidak menyebabkan sakit. Nanah bartholin kelihatan sama seperti sista bartholin tetapi ia menyebabkan kesakitan dan biasanya wanita yang menghidap penyakit ini akan duduk di atas sebelah punggung sahaja. Pesakit mungkin akan mengalami demam dan bahagian vulva membengkak, kemerahan dan sakit. cy


Marsupialization
Rawatan bagi sista bartholin adalah marsupialization. Marsupialization melibatkan insisi sepanjang 2 cm di bahagian yang membengkak. Nanah dan mukus kemudian dikeluarkan. Bahagian hujung insisi seterusnya dijahit ke kulit yang bersebelahan untuk mengelakkan penutupan semula secara semulajadi. Selain itu, kaedah ini juga membolehkan cecair dari sista bartholin dikeluarkan secara bebas sepanjang masa. Kebarangkalian berulang adalah 10%.

kembali ke atas