Prosedur dan Pembedahan
Kehamilan
 
 
 
 
 
 
 
 
Sakit Puan
 
 
 
 
Imbasan Ultrabunyi
 
 
 
 
 
Perancangan Keluarga
 
 
 
 
 
Imbasan Ultrabunyi
 
 
 
Imbasan Dada

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soalan yang kerap diajukan - Kehamilan

 

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

 

1.
Berapakah kenaikan berat badan yang normal dalam tempoh kehamilan? Saya bimbang berat badan saya bertambah terlalu banyak.
 
Kenaikan berat badan adalah berbeza bagi setiap bakal ibu. kenaikan berat badan yang ideal adalah antara 10 hingga 15kg. Sekiranya anda mengalami pertambahan berat yang terlalu banyak anda mungkin menghidap diabetes atau saiz bayi terlalu besar. Ini akan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan dan anda mungkin sukar untuk mendapatkan semula bentuk badan asal.
 
 
2.
Perlukah saya makan sebanyak mungkin semasa mengandung untuk memenuhi keperluan anak saya dan diri saya sendiri?
 
Nutrien yang mencukupi sangat penting untuk tumbesaran bayi anda dan kesihatan anda sendiri. Anda perlu makan secukupnya tetapi tidak terlalu banyak kerana kualiti makanan adalah lebih penting berbanding kualiti. Anda perlu mengamalkan diet yang seimbang dengan jumlah protein, karbohidrat, vitamin dan fiber yang mencukupi. Minum sekurang-kurnagnya 1 gelas susu sehari. Makanan tambahan seperti vitamin dan zat besi diambil setiap hari sebagai rutin untuk keperluan bayi anda.
 
 
3.
Apakah makanan yang perlu dielakkan semasa hamil?
 
Terdapat banyak pantang larang yang diturunkan dari generasi ke generasi. Antara pantang larang yang popular adalah seperti tidak boleh makan atau minum air tembikai, air kelapa, nenas, daging dan kicap. Walaubagaimanapun, tiada bukti dari segi perubatan yang membuktikan kesan buruk makanan tersebut terhadap kandungan. Sekiranya anda ragu-ragu sila dapatkan nasihat dari doktor anda. Anda perlu menjauhi alkohol (boleh menyebabkan ketaknormalan pada bayi) dan tidak dibasuh untuk mengelakkan jangkitan.
 
 
4.
Saya hamil 10 minggu dan demam. Bolehkah saya makan panadol?
 
Anda tidak sepatutnya mengambil ubat sendiri tanpa nasihat doktor kerana ianya akan disalurkan kepada bayi dalam kandungan melalui plasenta dan boleh menjejaskannya. Ini amat penting terutamanya pada 3 bulan terawal kandungan iaitu semasa pertumbuhan organ sedang berlaku. Sesetengah ubat boleh merencatkan pertumbuhan organ dan seterusnya menyebabkan ketaknormalan. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambik sebarang ubat.
 
 
5.
Bolehkah saya berjalan jauh semasa mengandung?
 
Adalah dinasihatkan untuk mengelakkan daripada perjalanan yang jauh dan panjang terutamanya sekiranya anda mengalami masalah seperti muntah yang teruk dan pendarahan vagina. Anda juga tidak digalakkan berjalan jauh dalam bulan terakhir kandungan. Walaubagaimanapun sekiranya anda sihat. tidak bahaya untuk berjalan jauh. Anda perlu memaklumkan doktor anda rancangan anda untuk berjalan jauh.
 
 
6.
Bolehkah saya meneruskan kerja seperti biasa semasa hamil?
 
Anda boleh meneruskan kerja sekiranya anda sihat dan gembira melakukannya. Kebanyakan wanita bekerja sehingga hari mereka bersalin. Sekiranya kerja anda memerlukan anda berjalan jauh, melakukan aktiviti fizikal yang berat atau memberikan tekanan kepada anda, adalah dinasihatkan supaya anda bercuti 1 bulan sebelum tarikh anda dijangka bersalin.
 
 
7.
Bolehkah saya melakukan persetubuhan semasa mengandung?
 
Berdasarkan teori, anda boleh melakukan persetubuhan sehingga minggu terakhir kandungan. Walaubagaimanapun, lebih baik tidak melakukannya pada bulan terakhir kerana perut anda semakin membesar dan mungkin anda akan terasa tidak selesa. Sekiranya anda mengalami kelahiran pramatang, plasenta praevia atau plasenta tertanggal, anda perlu menghindari dari bersetubuh.
 
 
8.
Bilakah saya boleh mula merasa pergerakan bayi di dalam perut?
 
Anda akan mula merasa pergerakan bayi antara minggu ke 18 hingga 20 sekiranya ini adalah kandungan pertama anda. Dalam kandungan kedua atau ketiga anda boleh merasakannya antara minggu ke 16 hingga 18.
 
 
9.
Saya boleh merasa pergerakan bayi lebih baik pada waktu malam. Adakah bayi saya lebih aktif pada waktu malam?
 
Sebenarnya bayi anda aktif sepanjang masa, tidak kira siang atau malam. Anda boleh merasa pergerakan dengan lebih baik pada waktu malam kerana keadaan yang sneyap dan anda sedang rehat.
 
 
10.
Benarkah gigi wanita mengandung lebih senang reput?
 
Ya. Ini kerana wanita mengandung memerlukan lebih kalsium semasa mengandung untuk keperluan bayi dan dirinya sendiri. Sekiranya pengambilan kalsium tidak mencukupi, kalsium akan diserap dari tubuh ibu kepada bayi. Pangambilan kalsium yang tidak mencukupi dan penjagaan gigi yang ridak sempurna akan menyebabkan gigi mudah reput. Untuk mengelakkan ini berlaku, wanita mengandung perlu mengambil benyak susu dan menjaga kebersihan gigi.
 
 
11.
Doktor memberitahu bahawa saya mengalami plasenta praevia. Apakah plasenta praevia dan apakah yang perlu saya lakukan?
 
Plasenta praevia adalah kedudukan plasenta terlalu rendah sehingga menutup sebahagian atau keseluruhan permukaan serviks (bukaan vagina ke rahim). Tanda-tanda plasenta praevia adalah anda megalami pendarahan vagina yang tidak menyakitkan semasa penggal ketiga kandungan dan kedudukan bayi yang songsang. Sekiranya anda mengalami plasenta praevia anda perlu mengelakkan dari kerja-kerja berat dan banyakkan berehat. Sekiranya anda mengalami pendarahan, anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital untuk memudahkan doktor memantau keadaan anda. Sekiranya terlalu banyak pendarahan sebelum tarikh anda dijangka bersalin, anda mungkin perlu bersalin awal melalui pembedahan.
 
 
12.
Adakah semua kes plasenta praevia memerlukan pembedahan?
 
Bagi kes plasenta praevia, apabila serviks membesar dan mula terbuka, pendarahan akan berlaku kerana kedudukan plasenta yang terletak di bukaan serviks. Ini merupakan sebab utama doktor akan merancang untuk melakukan pembedahan pada miggu ke-38. Sesetengah kes praevia margin (plasenta hanya berada di sempadan serviks) bukaan serviks tidak tertutup oleh sebab itu mereka mungkin boleh bersalin melalui vagina. Kes plasenta praevis lain di mana plasenta menutupi bukaan serviks dan menghalang salur kelahiran memerk\lukan pembedahan.
 
 
13.
Apakah plasenta tertanggal (plasenta abruptio)?
 
Plasenta tertanggal adalah pemisahan pramatang plasenta dari rahim yang akan menyebabkan pendarahan vagina dan pengecutan uterus. Punca plasenta tertanggal tidak diketahui tetapi ia boleh dikaitkan dengan sejarah plasenta tertanggal sebelum ini, menghidap darah tinggi, diabetes dan kandungan kembar. Tanda-tanda plasenta tertangga termasuk sakit di bahagian abdomen, sakit belakang, pendarahan vagina selepas kandungan berusia 25 minggu dan pengecutan uterus yang berterusan.
 
 
14.
Apakah rawatan bagi wanita yang mengalami plasenta tertanggal?
 
Tiada rawatan untuk menghalang plasenta dari tertanggal atau untuk melekatkan semula plasenta yang tertanggal. Penjagaan yang diberikan bergantung kepada isipadu darah yang keluar, usia kandungan dan keadaan fetus. Sekiranya pendarahan terlalu banyak, kandungan telah berusia 38 minggu atau keadaan fetus membahayakannya, kelahiran kecemasan melalui pembedahan akan dilakukan. Kehilangan darah yang terlalu banyak mungkin memerlukan pemindahan darah.
 
 
15.
Saya didiagnosis mengalami kandungan ektopik. Apakah kandungan ektopik?
 
Kandungan ektopik juga dikenali sebagai kandungan dalam tiub. Ia adalah keadaan di mana embrio melekat di tiub fallopo bukannya di rahim. Tanda-tanda kandungan ektopik termasuk kesakitan yang teruk pada abdomen atau pelvik, pitam dan sakit di bahagian bahu.
 
 
16.
Adakah semua kes kandungan ektopik perlu memotong tiub fallopian?
 
Kebanyakan kes kandungan ektopik memerlukan pembedahan segera untuk mengeluarkan embrio. Sekiranya tidak dibuang, embrio yang semakin membesar akan menyebabkan tiub fallopian pecah berlaku pendarahan dalaman dan boleh membahayakan nyawa ibu. Sekiranya dapat dikesan pada preingkat awal, pembuangan sedikit sahaja tisu embrio sudah memadai maka tiub boleh diselamatkan. Kebanyakan kes memerlukan tiub dibuang.
 
 
17.
Payudara saya kecil dan saya ingin menyusukan bayi saya. Saya bimbang saya tidak mempunyai susu yang cukup untuk bayi saya.
 
Jumlah susu yang dihasilkan tidak bergantung kepada saiz payudara. Saiz payudara yang kecil masih boleh menghasilkan susu yang mencukupi kepada bayi anda.
 
 
18.
Bilakah saya boleh melakukan persetubuhan selepas bersalin?
 
Anda boleh memulakan semula kehidupan seksual sebaik sahaja anda dan suami anda sudah bersedia. Biasanya 6 minggu selepas bersalin. Tempoh ini membolehkan luka episiotomi sembuh dan badan anda kembali ke bentuk asal. Anda mungkin akan mengalami kekeringan vagina jadi anda boleh menggunakan pelincir sekiranya anda merasakan ia perlu.
 

 
19.
Apakah yang saya perlu lakukan untuk mendapatkan kembali bentuk asal badan selepas bersalin?
 
Kombinasi diet yang seimbang dan senaman yang terancang akan membantu anda mendapatkan semula bentuk badan anda. Selain itu, menyusukan anak anda juga membantu proses mendapatkan semula bentuk badan asal.
 
 
20.
Bolehkah saya mengambil ubat dalam tempoh menyusu anak?
 
Anda perlu berbincang dengan doktor sebelum mengambil apa-apa ubat untuk selesema, demam dan batuk. Ini kerana sesetengah ubat akan disalurkan kepada bayi melalui susu badan.