|
Mitos 1
: |
Beberapa kawan saya berjaya mendapat anak sendiri
selepas mengambil anak angkat. Ini menunjukkan mengambil anak angkat
boleh
membebaskan
diri
dari
sumpahan
atau
masalah
ketidaksuburan. |
|
Fakta
: |
Banyak kajian dijalankan
terhadap pengambilan anak angkat boleh membantu ketidaksuburan
tetapi ia tidak terbukti. Terdapat beberapa kes dimana pasangan
menjalani rawatan dan pemeriksaan kesuburan dalam tempoh masa yang lama
tetapi masih tidak berjaya. Walaubagaimanapun kemudiannya mereka
berjaya hamil tanpa bantuan sebarang rawatan. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos 2
: |
Setelah beberapa tahun mencuba tetapi gagal, saya mula berasa yang
masalah ketidaksuburan ini telah ditakdirkan dan tidak ada
penyelesaian. |
|
Fakta
: |
Penyelesaian sentiasa ada bagi setiap pasangan
selagi mereka mampu menghasilkan telur dan sperma. Teknik
pembiakan bantuan seperti persenyawaan luar rahim (IVF) dan
suntikan sperma ke dalam sitoplasma (ICSI) boleh membantu anda
mencapai impian untuk mendapat anak sendiri. Pasangan yang tidak
mampu menghasilkan telur atau sperma juga boleh mendapat anak
melalui program pendermaan sperma atau telur. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos 3
: |
Kedudukan
rahim
yang condong ke
belakang adalah punca ketidaksuburan. Pembedahan perlu
dijalankan untuk memperbetulkan kedudukan rahim. |
|
Fakta
: |
Kedudukan rahim yang condong ke belakang
tidak menyebabkan ketidaksuburan. 20% wanita mempunyai rahim
yang condong ke belakang. Munurut satu kajian yanag dijalankan
pada tahun 1952, kehamilan dikalangan wanita yang
menjalani pembedahan untuk memperbetulkan kedudukan rahim
adalah lebih rendah berbanding wanita yang tidak menjalani pembedahan.
Kedudukan rahim sebegini tidak memerlukan pembedahan. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos 4
: |
Saya berbadan besar dan saya diberitahu bahawa wanita berbadan besar
tidak boleh mengandung. |
|
Fakta
: |
Ia hanya benar bagi kebanyakan
wanita. Kebanyakan wanita yang mengalami pertumbuhan bulu yang
lebat, tubuh berotot dan kitaran haid tidak lengkap menderita
akibat sindrom ovari polisista yang boleh dikaitkan dengan
ketidaksuburan. Selalunya masalah ini boleh dirawat melalui
pengambilan ubat. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos
5
: |
Kawan-kawan saya memberitahu bahawa senggugut boleh menyebabkan
ketidaksuburan. |
|
Fakta
: |
Kesakitan haid tidak
menyebabkan ketidaksuburan. Walaubagaimanapun, punca kesakitan (contohnya
endometriosis) boleh menyebabkan ketidaksuburan. Hakikatnya,bagi
kebanyakan wanita sakit pada hari pertama datang haid adalah
tanda ovulasi dan ia adalah normal. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos 6
: |
Saya mempunyai haid yang
tidak teratur dan ada yang mengatakan ia merupakan tanda
ketidaksuburan. |
|
Fakta: |
Wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak
teratur akan mengalami kitaran yang panjang atau pendek.
Oleh itu, bilangan tempoh subur dalam setahun akan berkurang dan
peluang untuk mengandung akan berkurang. Walaubagaimanapun ia
boleh ditangani dengan berkesan melalui rawatan moden. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos 7
: |
Saya tidak pernah mengalami tanda-tanda jangkitan maka saya
tidak mungkin akan mengalami masalah tiub
tersumbat. |
|
Fakta |
Kebanyakan jangkitan pelvis
boleh terjadi tanpa mempamerkan sebarang tanda dan ianya boleh
menyebabkan kerosakan tiub secara senyap.. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos 8
: |
Pil pencegah
hamil menyebabkan wanita mandul. |
|
Fakta
: |
Mungkin kesuburan seseorang
terjejas sedikit dalam masa 12 bulan selepas menamatkan pil
pencegah kehamilan. Selepas 2 tahun, 80% wanita mampu mengandung
dan peratusan akan meningkat ke 87% selepas 3 tahun dan 89% pada tahun ke
empat. Kebarangkalian untuk kembali ke tahap kesuburan asal adalah sama
seperti wanita yang menggunakan IUCD atau kaedah lain. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos 9
: |
Pil kesuburan memudahkan wanita untuk mengandung. |
|
Fakta
: |
Biasanya, pil kesuburan hanya
boleh membantu wanita yang mengalami masalah ketidakstabilan
hormon seperti sindrom ovari polisista (PCOS); ia tidak dapat
membantu mereka mempunyai masalah tiub atau uterus. Tiada satu
rawatan untuk kesemua jenis ketidaksuburan. Oleh itu anda perlu
mengenalpasti masalah anda terlebih dahulu sebelum mendapatkan
rawatan. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos 10
: |
Sekiranya wanita mengambil pil kesuburan, kebarangkalian untuk
mendapat anak kembar adalah lebih tinggi. |
|
Fakta
: |
Memang benar ubat kesuburan
meransang ovari untuk menghasilkan lebih daripada satu telur
pada satu masa dan ini meningkatkan peluang untuk mendapatkan
anak kembar (4%). Walaubagaimanapun kebanyakan wanita yang
mengambil ubat kesuburan tidak mendapat kandungan kembar. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos 11
: |
Dilation and curettage
(D &
C)(prosedur untuk
mengikis dan mengumpul tisu endometrium) boleh membantu wanita untuk mengandung |
|
Fakta
: |
D & C adalah prosedur untuk
menyiasat dan tidak membantu untuk mendapat anak. ianya merupaka
prosedur untuk siasatan dan tidak membantu wanita mengandung. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos 12
: |
Orang cina percaya bahawa membuat D &C berulang kali boleh
melemahkan rahim dan menjejaskan kesuburan. |
|
Fakta
: |
D & C
tidak mencederakan rahim. Semasa prosedur D&C untuk
ketidaksuburan, hanya sebahagian kecil selaput uterus
dikeluarkan untuk diuji. Keseluruhan selaput uterus akan
diperbaiki semasa kitaran haid berikutnya. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos 13
: |
Ramai orang memberitahu
bahawa
ketidaksuburan adalah masalah wanita dan tiada kena-mengena
dengan lelaki. |
|
Fakta
: |
Punca ketidaksuburan boleh disebabkan oleh
faktor lelaki, perempuan atau kedua-duanya sekali. Di kalangan
pasangan yang mengalami ketidaksuburan faktor lelaki
menyumbangkan 30%, wanita 30% dan kedua-duanya 30%. Maka,
dikalangan pasangan yang mengalami masalah ketidaksuburan, 60%
adalah disumbangkan oleh lelaki. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos 14
: |
Kumpulan darah yang tidak serasi antara suami dan isteri boleh
menyebabkan ketidaksuburan. |
|
Fakta
: |
Tiada kaitan antara kumpulan
darah dan ketidaksuburan. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos 15
: |
Kesuburan,
kebolehan seksual dan sifat kelelakian pada lelaki membawa
maksud yang sama. |
|
Fakta
: |
Bagi lelaki, kesuburan bergantung kepada
kualiti semen yang dihasilkan dan tiada kaitan dengan kebolehan
seksual dan sifat kelelakian. Dalam erti kata lain, kesuburan
tidak diukur berdasarkan berapa lama atau kerap seorang lelaki
itu boleh melakukan seks tetapi berapa banyak sperma yang
dihasilkan. Sifat kelelakian juga tidak berkaitan dengan kualiti
semen. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos 16
: |
Kesuburan seorang lelaki boleh dinilai melalui kepekatan dan
isipadu semennya. |
|
Fakta
: |
Semen terdiri daripada cecair seminal (90%).
Kesuburan bergantung kepada bilangan sperma (hanya boleh
dianalisis menggunakan mikroskop) dan kualiti semen tidak
ditentukan oleh kelikatan dan isipadu semen.Walaubagaimanapun,
isipadu semen yang terlalu rendah boleh merendahkan jumlah
bilangan sperma. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos 17
: |
Bilangan sperma
saya adalah
sama pada
setiap masa. |
|
Fakta
: |
Bilangan sperma berubah-ubah dan bergantung
kepada tempoh terakhir melakukan seks, keadaan fizikal dan
ubatan yang diambil. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos 18
: |
Kebanyakan
wanita berpendapat mengadakan hubungan seks pada bila-bila masa
boleh menyebabkan mengandung. |
|
Fakta
: |
Bagi setiap wanita, telur yang matang hanya akan
disenyawakan oleh sperma selepas ovulasi. Proses ovulasi dikawal sendiri oleh badan dan hanya berlaku sekali
bagi setiap kitaran haid iaitu pada hari ke-14. Oleh sebab itu,
persetubuhan yang dilakukan 3 hari sebelum atau sehari selepas
ovulasi mempunyai peluang yang cerah untuk hamil. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos 19
: |
Saya tidak boleh mengandung kerana sperma tidak memasuki rahim
saya. Kebanyakan semen mengalir
keluar melalui vagina
selepas seks. |
|
Fakta
: |
Tumpahan semen dari vagina
selepas persetubuhan adalah normal. Sperma yang tertinggal dalam
vagina adalah mencukupi untuk berenang ke rahim dan tiub
fallopio unuk mensenyawakan telur. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos 20
: |
Kerap
bermasturbasi
dan menngadakan hubungan seks akan mengurangkan sperma seterusnya
menyebabkan ketidaksuburan di kalangan lelaki. |
|
Fakta
: |
Terlalu kerap bermasturbasi dan melakukan
persetubuhan boleh merendahkan bilangan sperma tetapi jarang
menyebabkan ketidaksuburan. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos 21
: |
Mengubah cara pemakanan dan mengambil vitamin tambahan akan
meningkatkan kesuburan. |
|
Fakta
: |
Kajian terhadap haiwan menunjukkan
kehilangan nutrien yang melampau atau kekurangan vitamin tertentu
(contohnya vitamin C dan E) boleh menjejaskan kesuburan. Ianya
jarang berlaku terhadap pasangan yang mengalami masalah
kesuburan yang mengamalkan diet nomal. Walaubagaimanapun,
vitamin E dan zink telah terbukti mampu meningkatkan kualiti
semen. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos 22
: |
Percaya dan banyak berdoa, keajaiban akan berlaku |
|
Fakta
: |
Agama boleh membantu untuk memberi sokongan
mental. Walaubagaimanapun, perubatan moden mampu menolong
menyelesaikan masalah fizikal contohnya masalah tiub tersumbat. |
| |
kembali ke atas
|
|
Mitos 23
: |
Teknologi canggih adalah penyelesaian terbaik bagi masalah ketidaksuburan. |
|
Fakta
: |
Bukan semua pasangan yang mengalami masalah
kesuburan memerlukan bantuan teknologi canggih dan teknologi
pembiakan bantuan (ART) untuk mengandung. 1/3 wanita
yang mengalami masalah ketidaksuburan boleh mengandung selepas mendapatkan
nasihat doktor, tanpa menggunakan pil, pembedahan ataupun ART.
Bantuan prosedur klinikal dan ubat-ubatan membolehkan
baki 1/3 lagi mengandung. Baki 1/3 yang terakhir
memerlukan pemeriksaan yang kompleks dan pembedahan. Hanya 10%
pasangan yang mengalami masalah kesuburan memerlukan ART
lanjutan. |