 |
Soalan yang kerap diajukan
-
Bayi saya kelihatan kebiruan selepas
dilahirkan tetapi bertukar
kemerahan
tidak lama selepas itu. Adakah ia normal?
-
Bayi saya dilahirkan sempurna. Mengapa
doktor menempatkannya di dalam inkubator? Bukankah hanya bayi yang
dilahirkan tidak cukup bulan sahaja yang ditempatkankan dalam
inkubator?
-
Saya diberitahu bahawa bayi saya adalah
normal semasa pemeriksaan neonatal. Adakah ini bererti bayi saya
adalah normal sepenuhnya?
-
Saya diberitahu bahawa bayi saya mempunyai jantung
yang normal semasa dilahirkan.
Sekarang bayi saya berusia 3 bulan dan doktor memberitahu anak
saya menghidap penyakit jantung berlubang. Mengapa doktor tidak dapat
mengesannya semasa pemeriksaan neonatal?
-
Mata dan kulit bayi saya berwarna kekuningan.
Adakah
ia disebabkan penyakit kuning.
-
Saya diberitahu
bahawa memberikan susu ibu boleh menyebabkan penyakit kuning
terhadap bayi. Adakah ia benar?
-
Bayi saya menghidap penyakit kuning. Apa yang patut saya lakukan?
-
Saya diberitahu anak saya mengalami
kecacatan G6PD. Apakah yang dimaksudkan kecacatan G6PD?
-
Bolehkan kecacatan G6PD dirawat?
-
Saya mempunyai 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Salah seorang
anak lelaki saya mengalami kekurangan G6PD manakala yang lain
normal. Saya menpunyai kawan yang mempunyai bilangan anak seperti
saya tetapi hanya anak lelaki sahaja yang mengalami kekurangan G6PD.
Mengapa hanya anak lelaki sahaja yang menghidapi penyakit ini?
-
Bilakah waktu paling sesuai untuk menjarakkan susu dan memulakan
makanan pepejal kepada bayi saya?
-
Bayi saya sudah berusia 10 bulan tetapi masih belum tumbuh gigi.
Adakah pertumbuhannya terganggu?
-
Bila saya patut mula membersihkan gigi bayi
saya?
-
Adakah semua bayi
mengalami ruam lampin? Bagaimana untuk menghalang ia terjadi?
-
Mengapa bayi saya asyik menangis?Adakah dia
sakit?
-
Saya bimbang adakah berat badan bayi saya bertambah secukupnya
selepas dilahirkan kerana dia kelihatan sangat kecil.
-
Bayi saya kelihatan kebiruan selepas
dilahirkan tetapi bertukar
kemerah-merahan
tidak lama selepas itu. Adakah ia normal?
Ia adalah normal. Kebanyakan bayi baru lahir kelihatan kebiruan
tetapi mereka akan bertukar kemerahan selepas 5 minit sebaik
sahaja dia mula
bernafas secara normal.
kembali ke atas
-
Bayi saya dilahirkan sempurna. Mengapa
doktor menempatkannya di dalam inkubator? Bukankah hanya bayi yang
dilahirkan tidak cukup bulan sahaja yang ditempatkankan dalam
inkubator?
Terdapat sebab lain bayi diletakkan di dalam inkubator selain
daripada bayi tersebut tidak cukup bulan. Antaranya adalah saiz bayi
terlalu kecil atau mengalami masalah pernafasan.
kembali ke atas
-
Saya diberitahu bahawa bayi saya adalah
normal semasa pemeriksaan neonatal. Adakah ini bererti bayi saya
adalah normal sepenuhnya?
Pemeriksaan neonatal hanya memberitahu keadaan bayi semasa
pemeriksaan dijalankan. Bayi anda akan terus membesar dan beberapa
penyakit akan hanya boleh dikesan selepas beberapa bulan. Contohnya; sesetengah
masalah jantung kongenital hanya boleh dilihat selepas beberapa
bulan.
kembali ke atas
-
Saya diberitahu bahawa bayi saya mempunyai jantung
yang normal semasa dilahirkan.
Sekarang bayi saya berusia 3 bulan dan doktor memberitahu anak
saya menghidap penyakit jantung berlubang. Mengapa doktor tidak dapat
mengesannya semasa pemeriksaan neonatal?
Sesetengah lubang pada jantung tidak boleh dikesan sebaik
sahaja dilahirkan. Ini kerana semasa proses pembesaran, jantung
bayi juga akan bekerja lebih kuat untuk tubuh yang semakin membesar.
Peredaran darah akan meningkat dan masalah seperti pembalikan
aliran darah akan berlaku.
kembali ke atas
-
Mata dan kulit bayi saya berwarna kekuningan.
Adakah
ia disebabkan penyakit kuning.
Biasanya kekuningan pada mata dan kulit bayi adalah disebabkan
penyakit kuning. Kebanyakan penyakit kuning pada bayi tidak
berbahaya dan hanya bersifat fisiologikal. Ia biasanya berlaku dalam
tempoh 1 minggu selepas dilahirkan. Ianya berlaku kepada lebih
daripada separuh bayi yang baru lahir. Anda perlu mendapatkan
nasihat daripada pakar kanak-kanak sama ada anak anda memerlukan
terapi cahaya.
kembali ke atas
-
Saya diberitahu
bahawa memberikan susu badan boleh menyebabkan penyakit kuning
terhadap bayi. Adakah ia benar?
Terdapat 2 jenis penyakit kuning yang boleh dikaitkan dengan
penyusuan susu badan
iaitu
penyakit kuning yang disebabkan oleh penyusuan susu badan
dan
penyakit kuning yang disebabkan oleh susu badan itu sendiri.
Penyakit kuning yang disebabkan oleh penyusuan susu badan berlaku
terhadap 13% bayi baru lahir dalam tempoh minggu pertama kelahiran.
Ini disebabkan pengambilan susu yang tidak mencukupi oleh
itu ia boleh diatasi dengan menyusu dengan lebih kerap. Penyakit
kuning yang disebabkan oleh susu badan berlaku dengan kekerapan
0.5% dan ia berlaku pada minggu pertama kelahiran dan berterusan
sehingga beberapa minggu selepas dilahirkan. Ia terjadi kerana kandungan
bahan dalam susu ibu yang menyebabkan peningkatan paras
bilirubin (pigmen kuning yang menyebabkan penyakit kuning) dalam
darah. Anda boleh berhenti menyusukan bayi anda selama 1-2 hari
dan menyambung kembali penyusuan selepas paras bilirubin turun
semula. Biasanya paras bilirubin tidak akan naik semula selepas
menyambung penyusuan.
kembali ke atas
-
Bayi saya menghidap penyakit kuning. Apa yang patut saya lakukan?
Penyakit kuning pada bayi baru lahir biasanya tidak memerlukan
sebarang rawatan sekiranya tahap bilirubin adalah rendah. Penyakit
kuning ini akan hilang dengan sendiri selepas beberapa minggu.
Walaubagaimanapun, sekiranya paras bilirubin terlalu tinggi terapi
cahaya diperlukan (mendedahkan bayi terhadap cahaya ultra ungu).
kembali ke atas
-
Saya diberitahu anak saya mengalami
kecacatan G6PD. Apakah iyang dimaksudkan kecacatan G6PD?
G6PD bererti Glukosa-6-fosfat-Dehidrogenase.
Kecacatan G6PD adalah penyakit warisan yang akan menyebabkan
anemia hemolitik (anemia yang disebabkan oleh peningkatan sel
darah merah yang pecah). Ia akan menyerang sekiranya penghidap
terdedah kepada makanan atau ubatan tertentu.
kembali ke atas
-
Bolehkan kecacatan G6PD dirawat?
G6PD adalah penyakit warisan maka ianya
kekal seumur hidup. Tidak ada sebarang rawatan khas.
Walaubagaimanapun, sekiranya penghidap mengambil langkah
berjaga-jaga mereka berpeluang hidup dengan normal. Penghidap
perlu mengelakkan perkara-perkara di bawah:
1. Ubatan dan herba China seperti Rhizoma
Coptidis (huang lien), Calculus Bovis (neu huang), Flos
Chimonanthi Praecocis (lei mei hua), Flos Lonicerea (kam ngan fa)
dan Margarita.
2. Ubatan seperti sesetengah Antipyretics dan
Antibiotik (Nitrofurantoin, Nalidixic Acid, Sulfamethoxazole,
Trimethoprim), Antimalaria (Primaquine) dan Antispamodic (Phenazopyridine).
dapatkan nasihat doktor berdaftar dan maklumkan maklumkan
jururawat atau kakitangan perubatan sebelum mengambil sebarang
ubat.
3. Kacang parang dan produk-produk
berasaskannya.
4. Pendedahan terhadap ubat gegat (Naphthalene)
dan produk-produk yang mengandungi Naphthalene
kembali ke atas
Saya mempunyai
2 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Salah seorang anak lelaki saya
mengalami kecacatan
G6PD manakala
yang lain
adalah normal. Saya
mempunyai kawan yang
mempunyai
bilangan
anak
seperti
saya tetapi
hanya
anak lelaki sahaja yang mengalami kecacatan G6PD. Mengapa hanya
anak lelaki sahaja yang menghidap penyakit ini?
Oleh kerana anda
mempunyai satu kromosom X yang normal dan 1 kromosom X yang tidak
normal, anda tidak akan mengalami penyakit ini. Anda adalah pembawa
dan anda akan mewariskan sama ada kromosom X yang normal atau yang
tidak normal kepada setiap anak anda. Anak perempuan anda akan
mewarisi kromosom X yang normal dari suami anda. Oleh sebab itu,
anak perempuan anda adalah sebagai pembawa atau normal dari segi
kromosom. Setiap anak lelaki mempunyai peluang 50% untuk mewarisi
kromosom yang tidak normal. Oleh sebab itu anak lelaki lebih
berisiko mendapat penyakit ini.
-
Bilakah waktu paling sesuai untuk menjarakkan susu dan memulakan
makanan pepejal kepada bayi saya?
Bayi anda boleh mula
mengambil makanan pepejal apabila berusia 4 bulan. Anda tidak
digalakkan untuk memberi makanan pepejal terlalu awal kerana sistem
penghadaman bayi masih belum boleh menerima makanan pepejal. Anda
mungkin memerlukan nasihat daripada pakar kanak-kanak sebelum
memberi makanan pepejal kepada anak anda.
kembali ke atas
-
Bayi saya sudah berusia 10 bulan
tetapi masih belum tumbuh
gigi. Adakah pertumbuhannya terganggu?
Gigi biasanya muncul di antara 14 minggu hingga 14 bulan selepas
kelahiran.Jangan risau sekiranya pertumbuhan gigi anak anda sedikit
lambat. Ianya adalah normal dan tidak menghalang anak anda dari
mengambil diet yang normal.
kembali ke atas
-
Bila saya patut mula membersihkan gigi bayi
saya?
Anda boleh
membersihkan gigi anak anda sebaik sahaja gigi mereka tumbuh.
Membersihkan sekali dalam sehari sudah memadai. Anda boleh mengelap
gigi anak anda perlahan-lahan menggunakan kain yang dibalut pada
jari telunjuk dan lama-kelamaan betukar kepada berus gigi yang
lembut.
kembali ke atas
-
Adakah semua bayi mengalami ruam lampin?
Bagaimana
untuk
menghalang ia
terjadi?
Oleh kerana bahagian punggung bayi terdedah kepada najis dan air
kencing, ruam lampin adalah masalah biasa. Bersihkan punggung bayi
dengan lembut dan lapkan sehingga kering. Pelembap boleh digunakan
untuk memastikan kulitnya lembut dan melindungi daripada najis dan
air kencing. Biarkan bayi anda tanpa lampin sekali-sekala.
kembali ke atas
-
Mengapa bayi saya asyik menangis?Adakah dia
sakit?
Bayi biasanya menangis kerana: lapar, lampin basah, kembung atau
inginkan perhatian. Anda akan belajar memahamimya. Jangan biarkan
bayi anda menangis untuk jangka masa yang lama kerana biasanya bayi
menangis dengan bersebab.
kembali ke atas
-
Saya bimbang adakah berat badan bayi saya bertambah secukupnya
selepas dilahirkan kerana dia kelihatan sangat kecil.
Beberapa hari selepas lahir, bayi akan kehilangan berat kerana
kehilangan air. Walaubagaimanapun berat badan akan bertambah selepas
5 hari dengan kadar 150g hingga 225g setiap minggu.
kembali ke atas
|