Miomektomi
ialah pembedahan untuk membuang fibroid tanpa membuang uterus.
Ianya dicadangkan untuk wanita yang masih mahu melahirkan anak.
Oophorectomy ialah
pembedahan untuk membuang ovari, biasanya tiub Fallopian juga
dibuang sama sekali. Ovari satu lagi yang normal akan ditinggalkan.
Ini adalah
histerektomi total. Uterus dibuang bersama dengan
serviks dan vagina diperkemaskan. Pesakit tidak perlu menjalani Pap
smear setiap tahun.
Ini adalah
histerektomi
subtotal, di mana uterus sahaja dibuang dan serviks ditinggalkan.
Pesakit perlu menjalani Pap smear setiap tahun. Pembedahan ini
tidak biasa dilakukan.
Kami
menyediakan khidmat personal dan berkualiti pada kos yang berpatutan