![]() |
Teknik pembiakan bantuan (Assisted Reproductive Techniques, ART) adalah rawatan yang dicipta untuk membantu pasangan yang mengalami masalah ketidaksuburan dan tidak boleh mengandung secara semulajadi. Terdapat banyak pilihan ART dan pemilihan dibuat berdasarkan keadaan pesakit. Doktor anda akan mengesyorkan kaedah yang terbaik bagi anda selepas membuat pemeriksaan.
Dalam kaedah ini, ubat kesuburan digunakan untuk meransang ovari supaya memperkembangkan beberapa folikel dan menghasilkan lebih banyak telur dengan kualiti yang lebih baik. Terdapat 2 jenis teknik ransangan ovari:
(a) Rangsangan ovari Ia adalah rawatan ringkas dimana ovari dirangsang menggunakan pil (clomiphene citrate) yang perlu dimakan untuk menghasilkan beberapa telur dan membolehkan persenyawaan berlaku pada masa yang telah ditetapkan. Ianya adalah kaedah yang paling sesuai bagi wanita yang mengalami hormon yang tidak stabil seperti PCOS (Sindrom Ovari Polisista).
(a) Kawalan Ovari Hiperstimulasi Dalam kaedah ini, GnRH (hormon yang merembeskan gonadotrofin) agonis atau antagonis digunakan untuk merencatkan hormon lain dalam badan, kemudian rFSH (hormon prransang folikel rekombinan) diberi untuk meransang pertumbuhan beberapa folikel. Apabila telur telah mencapai saiz optimum. ovulasi diransang oleh suntikan hCG (human chorionic gonadotrophin). Terdapat 2 protokol untuk kaedah ini. Protokol panjang diaplikasikan ke atas wanita muda dan menunjukkan tindakbalas yang baik manakala protokol pendek diaplikasikan ke atas wanita yang sudah berumur dan menunjukkan tindakbalas yang lemah.
Kaedah ini berguna untuk wanita yang mengalami kekeringan vagina atau mempunyai antibodi antisperma. Ianya juga digunakan secara meluas bagi pesakit yang mengalami ketidaksuburan yang tidak dikenalpasti puncanya, endometriosis pada peringkat awal, dan kekurangan sperma sebelum beralih kepada persenyawaan luar rahim. Walaubagaimanapun, IUI hanya boleh diaplikasikan ke atas wanita yang mempunyai uterus yang normal dan tiub yang terbuka. Dalam kaedah ini, pasangan wanita akan menjalani ransangan ovari. Apabila diameter folikel mencapai 18 mmsuntikan hCG diberikan untuk mematangkan telur. 36 jam kemudian, sperma yang telah dicuci dimasukkan ke dalam rahim wanita menggunakan keteter melalui vagina dan saluran serviks.
3. Pemindahan Gamet Intrafallopio Kaedah ini hanya diaplikasikan sekiranya hasil pemeriksaan mendapati tiub fallopio rosak atau tersumbat. Ia juga diaplikasikan bagi ketidaksuburan yang tidak dapat dikenalpasti puncanya dan ketidaksuburan yang berpunca dari lelaki. Walaubagaimanapun, ianya kurang popular berbanding persenyawaan luar rahim kerana ia melibatkan pembedahan minor, laparoskopi dan bius keseluruhan. Selepas ransangan ovari, telur akan disedut keluar melalui laparoskopi dan dicampurkan dengan sperma yang telah dicuci. Campuran telur dan sperma ini kemudian dimasukkan kembali ke dalam tiub fallopio untuk membolehkan persenyawaan berlaku secara semulajadi di dalam tiub. Kaedah ini dijalankan di makmal yang tidak mempunyai peralatan yang mencukupi untuk persenyawaan luar rahim ataupun bagi kes yang mengalami kegagalan persenyawaan luar rahim
4. Persenyawaan Luar Rahim (IVF) IVF juga dikenali sebagai teknik bayi tabung uji kerana persenyawaan berlaku di luar badan (di dalam tabung uji). Ini adalah rawatan terbaik bagi wanita yang mengalami kerosakan tiub, endometriosis, masalah sperma dan ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan. IVF juga dilakukan sekiranya melibatkan pendermaan telur atau sperma. Pasangan wanita akan menjalani kawalan hormon hiperstimulasi, sama ada protokol panjang atau pendek bergantung kepada keadaannya. Apabila folikel mancapai saiz 18 mm, suntikan hCG diberikan untuk mematangkan telur. proses mengumpul telur dijalankan 34 jam setelah suntikan diberikan. Pengumpulan telur adalah proses menyedut keluar telur melalui vagina. Ianya dilakukan dibawah bius keseluruhan. Pada hari yang sama pasangan lelaki akan mengeluarkan sperma untuk dicuci dan seterusnya dimasukkan ke dalam piring kultur bersama-sama dengan telur untuk membolehkan persenyaan berlaku. Piring kultur ini seterusnya dieramkan di dalam inkubator. Selepas 2 hari, embrio yang terhasil dimasukkan semula ke dalam rahim menggunakan keteter dan imbasan ultrabunyi sebagai pemandu arah. Embrio yang berlebihan dan tidak dimasukkan semula boleh dibekukan untuk kegunaan masa hadapan. Setelah memindahkan embrio, sokongan peleutenan dalam bentuk pil oral,pil yang perlu dimasukkan melalui vagina atau suntikan akan diberikan untuk membolehkan embrio menempel dengan lebih baik.
5. Suntikan Sperma ke Dalam Sitoplasma (ICSI) 20 tahun lalu, kajian menunjukkan ada lelaki yang mempunyai kualiti sperma yang sangat lemah. Pada waktu itu, hanya ada 2 pilihan iaitu mencari penderma sperma atau hanya berdoa keajaiban akan berlaku. Walaubagaimanapun, kini dengan penemuan ICSI pasangan yang mempunyai kualiti sperma yang lemah juga mempunyai peluang mendapatkan anak sendiri. ICSI adalah teknik yang baru dicipta dan telah banyak menyumbangkan kepada penyelesaian masalah ketidaksuburan di kalangan lelaki terutamanya oligozoospermia (bilangan sperma yang rendah). Teknik ini mampu merawat lelaki yang mempunyai kualiti sperma yang sangat rendah. Dalam kaedah ini, kami hanya memerlukan beberapa sperma dan setiap ekor sperma akan dimasukkan ke dalam satu telur menggunakan pipet penyedut yang sangat nipis. Berbeza dengan IVF dimana telur dan ovum dicampurkan di dalam piring kultur ubtuk membolehkan persenyawaan berlaku. Kaedah ICSI membolehkan persenyawaan berlaku secara manual manakala dalam kaedah IVF persenyawaan berlaku secara semulajadi.
Blastosista adalah embrio yang telah dieramkan selama 5 hari dan mengandungi 50 hingga 200 sel. Kebanyakan telur yang telah disenyawakan hanya mampu bertahan sehingga hari ketiga tetapi telur yang paling kuat dan sihat sahaja akan bermitosis sehingga menjadi blastosista. Maka blastosista adalah dianggap embrio terpilih dan mempunyai peluang yang lebih baik untuk menempel. Walaubagaimanapun, kaedah ini tidak boleh dilakukan ke atas semua pesakit. Hanya wanita yang masih muda dan mampu menghasilkan banyak telur sesuai menjalani teknik ini. Biasanya, zona pellucida (lapisan perlindungan yang mengelilingi embrio) akan pecah pada bagi membolehkan sel-sel embrio menempel pada rahim. Dalam erti kata lain, embrio perlu menetas keluar dari zona pellucida sebelum ia boleh menempel di rahim. Terdapat kajian yang menunjukkan ada sesetengah wanita yang mempunyai zona pellucida yang tebal dan ini menghalang embrio dari menetas. Kaedah penetasan bantuan ini membantu embrio untuk menetas dengan membuat lubang kecil pada zona pellucida. Sebelum embrio dipindahkan, satu lubang kecil dibuat pada zona pellucida menggunakan kaedah mikromanipulasi. Proses ini diulangi pada setiap embrio. Proses ini akan menyebabkan 1% kerosakan pada embrio. 8. Diagnosis Genetik Pra-implantasi (PGD) Diagnosis genetik pra-implantasi adalah satu teknik untuk mengesan ketaknormalan genetik pada embrio sebelum dimasukkan ke dalam rahim. Melalui kaedah ini, pasangan yang berisiko mendapat penyakit yang diwariskan melalui genetik boleh mengelakkan daripada melahirkan anak yang tidak sempurna. Apabila embrio mencapai 8 unit, satu atau dua sel dikeluarkan. Analisis genetik dilakukan ke atas sel tersebut untuk melihat sama ada embrio tersebut mengandungi gen yang abnormal. Hanya embrio yang mempunyai gen normal akan dipindahkan ke dalam rahim. Embrio yang mengandungi gen abnormal akan dilupuskan. 9. Pengawetan Pengawetan adalah proses perbekuan sperma atau embrio yang disimpan di dalam nitrogen cecair pada suhu -196°C untuk kegunaan pada masa akan datang. Kebarangkalian embrio untuk bertahan semasa proses pembekuan adalah bergantung kepada kualiti embrio sebelum dibekukan. Biasanya kualiti embrio akan merosot selepas dicairkan. (a) Pembekuan sperma Pembekuan sperma dilakukan sekiranya pasangan lelaki tidak dapat mengeluarkan sperma pada hari IUI atau IVF dijalankan. Sperma yang dibekukan akan disimpan di dalam nitrogen cecair dan akan dicairkan untuk kegunaan bila-bila diperlukan. Walaubagaimanapun, pembekuan sperma tidak digalakkan kerana kualiti sperma akan berkurang selepas dicairkan. Sperma segar lebih digemari bagi teknik pembiakan bantuan. (b) Pembekuan embrio Pembekuan embrio dilakukan sekiranya lebih daripada 3 embrio diperolehi dalam kitaran IVF. Selain itu, pembekuan embrio juga dijalankan sekiranya keadaan kesihatan pesakit tidak mengizinkan pemindahan embrio dijalankan contohnya pesakit yang mengalami sindrom ovari hiperstimulasi. Selepas dibekukan, embrio disimpan di dalam nitrogen cecair sehingga hari pemindahan semula dilakukan. Embrio tersebut akan dicairkan apabila wanita tersebut telah bersedia.
(a) Pendermaan telur Ianya diaplikasikan ke atas wanita yang tidak mampu menghasilkan telur sendiri, mengalami menopaus pra matang atau penyakit yang diwarisi. Penderma telur akan menjalani kawalan ovari hiperstimulasi sama seperti yang diaplikasikan dalam kitaran IVF manakala penerima juga perlu bersedia supaya rahim boleh menerima embrio pada masa yang telah dirancangkan. Semua prosedur ini melibatkan pengambilan hormon. Telur yang diperolehi akan disenyawakan dengan sperma dari pasangan lelaki penerima. (b) Pendermaan sperma Pendermaan sperma dilakukan ke atas lelaki yang mengalami azoospermia (tidak menghasilkan sperma) atau mempunyai penyakit yang diwarisi. Sperma diperolehi dari penderma dan digunakan untuk proses IUI atau IVF. 11. Pengumpulan Sperma Melalui Pembedahan (PESA, MESA, TESA) Ini adalah prosedur pembedahan minor untuk mengumpulkan sperma dari vas deferens, epididimis atau testis. Bius keseluruhan diperlukan untuk prosedur ini. Sperma yang diperolehi melalui pembedahan membantu pesakit yang mampu menghasilkan sperma tetapi sperma tidak boleh memasuki semen kerana vas deferens tersumbat. Sperma yang dikumpulkan melalui proses ini digunakan untuk ICSI. Terdapat 3 jenis pembedahan untuk mengumpulkan sperma iaitu percutaneous sperm aspiration (PESA), micro-epididymal sperm aspiration (MESA) and testicular sperm extraction (TESA). Pemilihan dibuat berdasarkan keadaan individu. PESA biasanya merupakan pilihan pertama bagi pesakit azoospermia. Dalam kaedah ini, jarum halus dimasukkan ke dalam epididimis melalui skrotum dan cecair sari epididimis disedut keluar perlahan-lahan. Cecair tersebut kemudian dianalisis untuk bilangan sperma dan pergerakannya. MESA adalah rawatan pembedahan mikro di mana torehan kecil dibuat melalui skrotum ke dalam epididimis. Cecair yang dikumpulkan dianalisis dibawah mikroskop. Sekiranya tiada sperma dijumpai, pilihan alternatif adalah TESA. TESA melibatkan biopsi (insisi kecil pada testis) di mana jarum dimasukkan ke dalam testis dan mengeluarkan sedikit tisu testis yang kemudiannya diperiksa dibawah mikroskop. Prosedur ini memerlukan bius keseluruhan dan akan menyebabkan bengkak dan sakit. Sokongan peleutenan dalam bentuk suntikan, pil oral atau pil untuk dimasukkan ke dalam vagina. Suntikan ini diberi bertujuan untuk membantu penempelan embrio di endometrium.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kami berusaha menjadikan kehamilan suatu realiti |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
KEHAMILAN & SAKIT PUAN
-
Rawatan
-
Bayi IVF yang pertama
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Metro Maternity Sdn Bhd 2007. All Rights Reserved. | Terms of Use |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||