![]() |
Vaksinasi juga dikenali sebagai imunisasi. Ianya diberi untuk menghalang penyakit berjangkit yang berbahaya seperti batuk kering, Hepatitis B dan polio. Vaksin membantu tubuh untuk menghasilkan antibodi dengan itu tubuh akan berupaya untuk melawan penyakit sekiranya terdedah kepada jangkitan. Untuk memastikan anak anda sihat anda mestilah memastikan mereka mendapat imunisasi yang lengkap. Bayi yang mendapat imunisasi yang lengkap akan mempuyai antibodi dalam tubuh dan yang akan melindungi mereka dari penyakit tertentu. Sekiranya mereka tidak dilindungi dan terdedah kepada sumber jangkitan, mereka akan jatuh sakit atau mengalami komplikasi yang boleh membawa kematian. Walaubagaimanapun, vaksin adalah lebih efektif jika diberi pada masa yang sesuai. Jadual imunisasi di bawah menyenaraikan cadangan umur dan jenis vaksin buntuk anak anda.
Jadual imunisasi bayi
Pilihan: 1) Vaksin Pneumococal 2) Vaksin Rotavirus
1. Vaksin BCG (Bacillus Calmette-Guerin)
- boleh menyebabkan tuberculosis meningitis (pembengkakan pada selaput otak bayi).
3. Vaksin tiga serangkai (DTP)
(i) Diftera -Bakteria Corynebacterium diphtheriae biasanya menyerang tekak, mulut dan hidung. - Boleh menyebabkan pernafasan terhenti. - Boleh menyebabkan pneumonia, kegagalan fungsi hati dan lumpuh. (ii) Tetanus (kancing gigi) - Tetanospasmin (toxin yang dihasilkan oleh bakteria Clostridium tetani ) menyebabkan kekejangan otot. - Menyebabkan otot pernafasan mengalami kekejanagan dan boleh membawa maut. - Wanita mengandung diberi suntikan imunisasi untuk tetanus sewaktu kandungan berusia 7 bulan. Ini akan meningkatkan antibodi terhadap tetanus dalam tubuh bayi yang bakal lahir maka, ia dapat mencegah dari dijangkiti tetanus. (iii) Pertussis - Juga dikenali sebagai batuk kokol. - Bakteria Bordetella pertussis menyebabkan paru-paru tersumbat oleh mukus yang dihasilkannya. - Boleh membawa kepada bronkitis dan pneumonia.
- boleh menyebabkan kaki dan dada lumpuh menyebabkan proses berjalan dan bernafas menjadi sukar.
(i) Demam campak - Paramyxovirus menyebabkan demam panas, batuk dan ruam. - Boleh menyebabkan jangkitan di telinga, pneumonia, meningitis, hilang keupayaan mendengar, kerosakan otak dan kematian. (ii) Beguk - Paramyxovirus kelenjar air liur dibawah rahang membengkak menyebabkan penghidap berasa sakit, demam dan sakit kepala. - Juga boleh menyebabkan meningitis atau hilang keupayaan mendengar. - Boleh menyerang ovari bagi perempuan dan testis bagi lelaki seterusnya mengakibatkan azoospermia (tiada sperma) dan kemandulan. (iii) Rubela - Juga dikenali sebagai demam campak German. - Virus rubella menyebabkan demam, ruam dan pembengkakan kelenjar di bawah rahang.
- boleh menjadi teruk sehingga membahayakan nyawa bayi.
- juga menyebabkan sakit perut teruk dan cirit-birit. - boleh menyebabkan kerosakan hati yang teruk.
9. Vaksin Pneumococcal (pilihan)
10. Vaksin Rotavirus (pilihan)
- Punca utama cirit-birit dikalangan kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah. - Merebak dengan mudah sekiranya termakan makanan yang dicemari najis orang yang telah dijangkiti.
|
|||||||||
|
Kami membantu tumbesaran dan perkembangan anak anda di setiap peringkat` |
||||||||||
|
|
||||||||||
|
|
||||||||||
|
KETIDAKSUBURAN
|
||||||||||
|
Metro Maternity Sdn Bhd 2007. All Rights Reserved. | Terms of Use |
||||||||||
|
|
|
|
|
|
||||||